10 MEKAP REMOVER TERBAIK UNTUK KULIT MUKA SENSITIF

SETELAH MEMAKAI MEKAP SEHARIAN SUDAH PASTI KITA PERLU MEMBERSIHKANNYA. UNTUK MENGHILANGKAN KESAN-KESAN MEKAP SECARA KESELURUHANNYA KITA PERLUKAN MEKAP REMOVER TERBAIK!

 

Bagi mendapatkan kulit muka yang bersih, tidak berjerawat serta bebas daripada sisa-sisa mekap kita sememangnya perlukan mekap remover terbaik dan face cleanser atau pembersih muka.

 

Bersihkan muka terlebih dahulu dengan mengunakan makeup remover, kemudian baru pakai face cleanser ataupun pembersih muka. Ini adalah bukan semua sabun pembersih muka mampu menghapuskan semua kesan sisa-sisa mekap tersebut.

 

Kita juga perlukan makeup remover terbaik yang bebas daripada kandungan bahan-bahan kimia dan juga alkohol terutama di bahagian solekan mata. Ini adalah kerana bahagian mata ini sangat sensitif dan selalunya sukar untuk dihilangkan.

 

Maskara dan eyeliner yang tebal akan menyumbat folikel bulu-bulu mata dan boleh mengundang iritiasi, kemerahan dan peradangan mata.

mekap remover terbaik

 

BERIKUT 10 BAHAN SEMULAJADI YANG MERUPAKAN MEKAP REMOVER TERBAIK:

 

  1. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun sangat bermanfaat pada kulit dan cukup efektif untuk menghilangkan mekap tebal serta mencegah pori-pori tersumbat. Rendam kapas dengan minyak zaitun dan bersihkan segala kotoran mekap yang terlekat pada muka.

mekap remover terbaik

 

  1. YOGHURT

Yoghurt kaya dengan protein dan berupaya membersihkan segala kekotoran mekap.

 

Di samping itu, yoghurt juga mampu melembabkan kulit serta mengurangkan pigmentasi. Celupkan kapas pada yoghurt (natural/asli), kemudian sapukan pada seluruh muka dan bilaslah dengan air sehingga bersih.

mekap remover terbaik

 

  1. PETROLEUM JELLY

Selain berguna untuk mengatasi masalah bibir mengelupas atau pecah-pecah, petroleum jelly juga boleh digunakan sebagai penghapus mekap.

 

Sapukan petroleum jelly pada muka, kemudian gunakan kapas untuk membersihkan mekap yang masih melekat di muka.

mekap remover terbaik

 

  1. MINYAK KELAPA

Kandungan minyak kelapa sangat ringan dan mudah untuk diserap oleh kulit. Jadi, sebab itulah minyak kelapa ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain berfungsi untuk melembapkan kulit, minyak kelapa juga kaya dengan antioksidan yang mampu membersihkan kulit serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.

 

Ambil kapas dan rendamkan di dalam minyak kelapa. Kemudian gosok perlahan pada kulit muka sehigga segala kotoran mekap hilang.

mekap remover terbaik

  1. BABY OIL

Biasanya baby oil kaya dengan vitamin E dan  formula lembutnya sesuai untuk semua jenis kulit.

 

Letak sedikit baby oil pada kapas, kemudian sapukan pada muka. Setelah bersih segala kotoran mekap, bilaslah dengan air sehingga bersih.

 

mekap remover terbaik

  1. SUSU SEGAR

Protein, asid lemak dan antioksidan yang terkandung pada susu akan menghilangkan kotoran dari dalam, membuka penyumbatan pori-pori serta melembapkan kulit.

 

Celupkan kapas pada susu segar, kemudian perah sedikit. Setelah itu gosokkan dengan lembut pada bahagian yang ingin dihapuskan sisa-sisa kotoran mekap.

mekap remover terbaik

  1. TREE TEA OIL

Jika kulit kita jenis berjerawat, solekan atau mekap yang tebal boleh menyumbat pori-pori dan membuatkan masalah jerawat kita menjadi semakin parah.

 

Untuk menanggalkan kotoran mekap, kita boleh memilih tree tea oil yang mempunyai kandungan anti bakteria. Rendamkan kapas, dan biarkan minyak tersebut meresap. Setelah itu, barulah digunakan untuk membersih kotoran mekap.

mekap remover terbaik

 

  1. MINYAK JOJOBA

Minyak jojoba merupakan antara mekap remover terbaik untuk kita yang mempunyai kulit mfuka sensitif. Minyak jojoba dapat membantu menanggalkan kesan mekap secara efektif dan mencegah alergi atau infeksi kulit.

 

Selain itu, khasiat minyak jojoba juga berupaya membantu menjaga kulit supaya tetap lembab, lembut dan anjal.

mekap remover terbaik

  1. MINYAK CHAMOMILE

Minyak chamomile berkesan untuk membersihkan segala kesan kotoran mekap. Minyak ini bersifat anti-inflamasi yang mampu mengatasi peradangan dan masalah kegatalan pada kulit.

 

  1. MINYAK ARGAN

Minyak argan mengandungi asid lemak, antioksidan serta vitamin E yang mampu membantu menjaga kesihatan kulit muka. Minyak argan ini juga ringan dan sesuai untuk semua jenis kulit muka.

mekap remover terbaik

 

Itulah 10 jenis mekap remover terbaik paling efektif dan sesuai untuk kulit sensitif yang boleh dicuba. Semoga bermanfaat!