10 TANDA BOS JAHAT! ADA TAK BOS MACAM INI DI OFIS ANDA?

BOS JAHAT? SEORANG KENALAN MEMBERITAHU BAHAWA DIA MENDAPAT LAYANAN YANG BURUK DARIPADA BOSNYA. DIA BERASA SANGAT KECEWA DENGAN SITUASI OFISNYA SEKARANG.
Adakah anda turut berhadapan dengan bos jahat yang menjatuhkan semangat anda untuk bekerja keras? Perhati dan ketahui tanda-tandanya!
Bayangkan anda memasuki sebuah bilik dan di dalamnya ada Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Yvonne Chia. Apa reaksi anda? Ketiga-tiga mereka mempunyai persamaan iaitu tokoh korporat tersohor dalam industri masing-masing.
Anda tentu teruja untuk bersemuka dengan mereka, bukan? Berada di bawah pimpinan bos yang berkarisma akan membuat anda berasa yakin dan bersemangat membara.
Ironinya, bukan semua bos itu mampu menaikkan semangat staf. Bahkan tidak kurang  yang meruntuhkan motivasi dan enthusiasm  staf, lantaran sikap mereka yang tidak matang dan tidak professional.
bos jahat
Di ofis kita mungkin ada ramai pengarah dan pengurus. Daripada yang kanan sampailah yang tercorot, semua pandai mengarah tetapi tidak mampu membantu staf mencapai matlamat dalam kerjaya.
Ada bos gemar bertindak lebih sudu dari kuah mengalahkan tuan punya syarikat. Lebih dahsyat kalau kesemuanya sekepala dan membentuk satu barisan team pengurusan yang SEBAL (syok sendiri, ego dan bebal).bos jahat

10 TANDA BOS JAHAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM SEBUAH ARTIKEL DI LIFEHACK.COM:

  1. Telinga mereka sentiasa tertutup. Mereka tidak gemar mendengar apa yang staf fikirkan dan menyangka idea-idea yang paling bijak hanya datang daripada mereka. Mereka lebih suka staf tutup mulut dan ikut sahaja arahan mereka.
  2. Jarang berkongsi ilmu berharga dengan staf kerana takut staf lebih pandai dan menggugat tempat mereka. Mereka tidak yakin dengan kepimpinan mereka. Apabila ada staf mampu melakukan kerja dengan lebih baik, mereka mudah berasa terancam.
  3. Gemar mengambil kredit atas kerja staf mereka. Mereka jarang mengiktiraf pencapaian staf di depan khalayak. Jika team mereka mencapai prestasi cemerlang, merekalah orang pertama yang berdiri dan memberitahu mengenai sumbangan mereka dalam projek berkenaan dan bagaimana kepimpinan mereka berjaya mencetuskan kejayaan itu.
  4. Tindakan dan kata-kata mereka tidak konsisten. Walaupun mereka menetapkan peraturan ketat untuk team, mereka pula sewenang-wenangnya ada pengecualian. Mereka sentiasa berkeras pada orang lain tetapi tidak pada diri sendiri (barisan pengurusan). Hal ini membuatkan team berasa keliru dan tidak tahu apakah standard yang patut mereka ikuti.bos jahat
  5. Tidak peduli tentang perkembangan kerjaya staf. Mereka hanya mahu tahu sama ada staf boleh menyelesaikan kerja tepat pada masa. Mereka hanya menumpukan faedah jangka pendek dan tidak sedar bahawa perkembangan staf boleh menambah nilai kepada team dalam jangka masa panjang.
  6. Gagal mewujudkan persekitaran kerja yang menyenangkan. Mereka hanya mahu team bekerja seperti robot siang dan malam. Mereka tidak menyedari kepentingan meningkatkan ikatan perhubungan antara rakan sepasukan (yang lahir daripada perasan hormat). Akhirnya, semua orang di tempat kerja bersikap acuh tak acuh dan suasana kerja menjadi tidak dinamik. Team akan hilang motivasi kerana hal seumpanan ini.
  7. Kurang simpati. Kerap menyalahkan orang bawahan apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini. Mereka lupa bahawa staf juga manusia yang tidak lari daripada kesilapan. (Ketua jenis ini sering menjejaskan masa depan dan reputasi staf.)
  8. Tidak menggalakkan komunikasi terbuka. Komunikasi antara mereka dan team sentiasa sehala. Mereka bagaikan guru dengan pelajar. Tidak boleh komplen. Apabila ada yang tidak kena di tempat kerja, mereka akan meminta orang lain selesaikan masalah untuk mereka.
  9. Mahu orang lain berfikir bahawa mereka adalah yang paling bijak dalam team. Mereka sentiasa menunjukkan bahawa mereka tahu semua hal. Tidak suka jika ada staf yang mengajar mereka. Hello bos! Usah cop staf anda ‘bodoh’ ya. Siapa tahu, idea yang anda tolak itu mungkin bernilai RM1 juta.
    bos jahat

BAGAIMANA MAHU MEWUJUDKAN SUASANA OFIS YANG SIHAT?

Ofis yang cantik sahaja tidak cukup. Sikap dan hati bos yang baik adalah lebih utama. Buang sikap prasangka, cemburu dan dendam pada staf.
Kadang-kala bos mudah sangat cemburu dan buruk sangka pada staf. Biarlah staf ada beg atau kasut yang lebih cantik dan mahal. Biarlah staf ada rumah dan kereta yang lebih besar. Biarlah staf pakai apa sahaja pakaian, berkawan atau makan dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Itu hak peribadi mereka! Sila hormati!
bos jahat
Selagi staf tidak menyalahi peraturan dan tidak merugikan syarikat, bos tidak ada hak untuk campur tangan. Biarkan pekerja bekerja dengan bebas dan mengikut kreativiti masing-masing. Tugas bos ialah memimpin staf dengan pemantauan yang minimum.
Jika staf ada masalah peribadi dan mahu berkongsi dengan bos, lakukannya atas sifat kemanusiaan dan persahabatan. Simpan rahsianya dan jangan dilelong di dalam mesyuarat pengurusan. Jika ini berlaku, maka mesyuarat akan jadi saling tidak tumpah seperti pasar borong.
bos jahat
Kerja utama bos ialah mengenai urusan ofis dan bisnes. Bos mestilah bijak menyelesai masalah. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Paling penting bos mesti tahu bawa untung atau setidak-tidaknya mengurangkan kerugian bukannya menjadi primadona dalam politik ofis! Bos jahat ibarat tin kosong yang merugikan syarikat!
Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
Anda Mungkin Ingin Tahu Mengenai Perkara Yang Perlu Difikirkan Sebelum Tukar Kerja
LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)