7 SIMPTOM KITA SEMEMANGNYA KEKURANGAN ZAT BESI!

Kekurangan zat besi boleh mempengaruhi kesihatan tubuh kita dalam pelbagai macam cara. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan hemoglobin iaitu protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh.

 

Kekurangan zat besi boleh membawa kita kepada penyakit anemia. Jadi, sebab itulah sebelum munculnya masalah kesihatan yang lain, ada baiknya anda mengenali simptom-simptomnya.

 

Tanda-Tanda Kekurangan Zat Besi

 

  1. Cepat Penat Atau Lesu

Rasa penat atau letih, lemah dan seolah-olah tidak bermaya adalah gejala umum yang terjadi pada tubuh ketika kekurangan zat besi.

 

Meskipun begitu, tanda ini juga yang paling sukar dikesan kerana kita biasanya berasa penat disebabkan banyak melakukan aktiviti.

 

Kekurangan zat besi akan menyebabkan pengambilan oksigen dalam sel dan seluruh tubuh berkurangan sehingga akan mengurangkan tahap energi dalam badan kita.

kekurangan zat besi

  1. Kerap Sakit Kepala

Kurang zat besi boleh menggangu oksigen yang sepatutnya mencukupi untuk sampai ke otak kita. Gangguan inilah yang menyebabkan pembengkakan di arteri otak dan membuatkan kita sakit kepala.

kekurangan zat besi

  1. Kulit Nampak Pucat

Jumlah zat besi yang rendah membuatkan tubuh tidak dapat mengeluarkan hemoglobin dalam jumlah yang mencukupi. Hemoglobin inilah yang membuatkan darah kita berwarna merah, begitu juga dengan warna kulit kita.

 

Kekurangan vitamin zat besi yang semakin parah akan membuatkan kulit kita semakin kehilangan warna normalnya dan kelihatan pucat.

kekurangan zat besi

  1. Sesak Nafas

Nafas yang pendek-pendek merupakan salah satu tanda kita kekurangan zat besi. Disebabkan tahap zat besi kita rendah, oksigen kurang masuk ke beberapa bahagian badan.

 

Ketika tahap oksigen dalam badan kita rendah atau kurang mencukupi, maka akan menyebabkan kita berasa sesak nafas, tidak kiralah berapa dalamnya kita menarik nafas. Kita tetap berasa seperti tidak puas bernafas!

kekurangan zat besi

  1. Rambut Rosak

Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menjadi lebih mudah rosak. Rambut kita akan mengalami kerosakan ketika folikel rambut tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Setelah mengalami kerosakan rambut kita akan menjadi lebih sukar untuk tumbuh kembali sampailah keperluaan zat besi kita mencukupi.

kekurangan zat besi

  1. Kuku Mudah Patah

Jika kuku kita nampak pucat dan mudah patah, berkemungkinan besar ia merupakan tanda kita kekurangan zat besi.

 

Kuku akan menjadi mudah patah dan menipis disebabkan hemoglobin yang rendah akibat kekurangan zat besi.

kekurangan zat besi

  1. Cepat Mengantuk dan Mata Berpinar-pinar

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, yang mempunyai tanda-tanda umum seperti cepat mengantuk dan mata rasa berpinar-pinar.

 

Ini adalah kerana perjalanan oksigen ke otak menjadi kurang lancar kerana zat besi yang sedikit menyebabkan darah kekurangan hemoglobin yang bertugas mengangkut oksigen keseluruh tubuh termasuk ke otak.

kekurangan zat besi

Sangat penting untuk kita menyedari simptom-simptom atau tanda-tanda kekurangan zat besi supaya kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya. Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa share ya!

 

BACA : 5 MAKANAN TAMBAH DARAH ATASI ANEMIA