SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA, SHOPEE TAWAR HADIAH LEBIH RM 1JUTA

Anda yang suka membeli belah di Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan pastinya gembira dengan pengumuman yang dibuat. Kempen ‘Wang bersama Shopee’ dibuat sempena sambutan  Tahun Baharu Cina dengan menawarkan  pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk para penggunanya.

 

Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini sudah bermula dari 15 Januari lalu dan akan berakhir pada 25 Februari akan datang.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian.

sambutan tahun baru cina

Rebutlah Pelbagai Hadiah Menarik Sempena Sambutan Tahun Baru Cina!

Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, anda boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari.

 

Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah, anda juga berpeluang memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang  tunai berjumlah RM8,888.

 

Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi. Di samping itu juga, anda pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee.

 

Wow! Meriah dengan hadiah kan….

Selain itu, anda turut  berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baru Cina2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018).

 

Semakin ramai yang mendaftarkan diri,semakin banyaklah hadiah terkunci yang boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

 

“Perayaan Tahun Baru Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit& Gajet serta banyak lagi bagi memenuhi keperluan setiap isi rumah.

 

Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

 

Sempena Tahun Baru Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

 

Laman web: Shopee.com.my

#wangwithshopee

BACA:  MESTI CUBA! CEPAT TIDUR DENGAN 5 MAKANAN TERPILIH

 

(Visited 1 times, 1 visits today)