123MAMANET SALUR BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

Ramadan bakal menjelma. Pastinya umat Islam sibuk menyiapkan keperluan untuk bersahur dan berbuka sebaik yang mungkin. Bagaimanapun tidak semua yang bertuah diberikan kemampuan dan keupayaan untuk menyediakannya seperti ibu tunggal dan mereka yang susah.

Atas kesedaran itu, portal media online www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) akan mengadakan program amal (CSR) bersama MBSA, Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan.

ibu tunggal

Program #DariHati123mamanet ini merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan ibu tunggal menjelang Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam dan para pembaca  www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan yang mengalami kesempitan hidup..

Kepada mereka yang memerlukan, silalah berkunjung ke Booth 123mamanet untuk mendapatkan barangan keperluan harian secara PERCUMA (selagi stok masih ada). Bahkan pada hari berkenaan, ada ramai lagi individu mahu pun syarikat dan organisasi yang turut mengadakan pemberian barangan secara PERCUMA.

PROJEK #darihati123mamanet bersama MAJLIS PERBANDARAN SHAH ALAM (MBSA)

Tarikh: 13 MEI, 2018 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi- 12 tengahari

Tempat: Dataran Kemerdekaan, Persiaran Bandaraya, Seksyen 14, Shah Alam

Peserta: Anak-anak yatim, ibu tunggal dan sesiapa yang memerlukan.

ibu tunggal