PROJEK  #DARIHATI123MAMANET PUPUK SEMANGAT PENYAYANG KEPADA ANAK YATIM

Pada 13 September lalu telah berlangsung satu program Corporate Social Responsibility (CSR), anjuran 123mamanet.com  – Dea Marissa Resources (DMR) bersama Kidzania Kuala Lumpur dan Mc Donald’s Malaysia untuk memupuk semangat penyayang di kalangan korporat dan masyarakat.

 

Sebelum ini 123mamanet.com telah melaksanakan program amal ini menerusi Program Eco Free Market, kerjasama MBSA sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang telah diadakan pada 13 Mei, 2018  lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

penyayang

Objektif projek #darihati123mamanet 2.0 ini  merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk memberikan kegembiraan serta keriangan kepada anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera, Kuala Lumpur.

RIANG RIA DI KIDZANIA

 

123mamanet Pupuk Semangat Penyayang di Kalangan Korporat

Pastinya ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka lalui apabila kehilangan kasih sayang dan juga perhatian insan-insan disayangi. Tambahan pula di usia yang masih mentah. Rumah Bakti Nur Syaheera menempatkan 30 orang anak yatim, yatim piatu dan juga asnaf terbiar sejak 2009.

 

Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan dan memupuk semangat penyanyang seluruh warga Shah Alam serta para pembaca  123mamanet  agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan sumbangan.

penyayang

Aktiviti sambil belajar yang berlangsung lebih 5 jam di Kidzania memberikan anak-anak ini merasai keseronokan dunia pekerjaan impian mereka. Apa yang pasti, kunjungan anak-anak dari Rumah Bakti Nursyaheera  ini menjadi satu pengalaman berharga buat mereka. Pelbagai pengalaman kerja yang dirasai dan ia boleh menjadi  pencetus semangat  kepada anak-anak ini untuk lebih fokus  dalam bidang yang ingin mereka ceburi nanti.

 

 

Setelah penat menimba ilmu, bermain sambil belajar di Kidzania, anak-anak ini dijamu pula dengan menu Happy Meals, tajaan McDonald’s Malaysia. Keseronokan dan kegembiraan jelas tergambar pada raut wajah masing-masing.

penyayang

 

Terima kasih kepada Kidzania Kuala Lumpur dan McDonald’s Malaysia kerana sudi untuk turut serta menjayakan Projek #darihati123mamanet kali ini.

penyayang

Harapan kami, semoga lebih banyak lagi syarikat korporat, NGO dan agensi kerajaan yang sudi bersama-sama kami untuk Projek #darihati123mamanet akan datang.