123MAMANET SALUR BANTUAN KEPADA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN

Sepanjang Ramadan ini, pastinya umat Islam sibuk menyiapkan keperluan untuk bersahur dan berbuka sebaik yang mungkin. Bagaimanapun tidak semua yang bertuah diberikan kemampuan dan keupayaan untuk menyediakannya. Kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Atas kesedaran itu, portal media online www.123mamanet.com (Majalah Harian Wanita) telah mengadakan program amal (CSR) Dari Hati 123Mamanet bersama MBSA, Program Eco Free  Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan baru-baru ini. 

dari hati

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dan YB Kota Anggerik, Najwan Halimiturut sama memeriahkan booth 123mamanet.

Program #DariHati123mamanet ini merupakan salah satu usaha 123mamanet untuk turut sama membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim dan ibu tunggal menjelang Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.

Mereka yang memerlukan telah mendapatkan barang keperluan harian secara PERCUMA yang disediakan di Booth 123mamanet. Bahkan pada hari berkenaan, ada ramai lagi individu mahu pun syarikat dan organisasi yang turut mengadakan pemberian barangan secara PERCUMA.

dari hati

Antara barangan yang diberikan secara percuma.

Ternyata projek sulung #darihati123mamanet menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Awal-awal lagi Booth123mamanet diserbu! Bahkan tak sampai satu jam, segala barangan keperluan yang telah disumbangkan oleh pihak penaja termasuk orang perseorangan habis licin.
Turut menerima sumbangan pada hari berkenaan ialah 26 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia (PKIPM) yang menyediakan asrama untuk anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.

dari hati

dari hati

Cik Amy, wakil QSR-Ayamas bersama dengan team Mamanet dan penjaga rumah anak yatim PKIPM.

PROJEK #darihati123mamanet dan MAJLIS PERBANDARAN SHAH ALAM (MBSA)

Di samping itu, projek #dari hati123mamanet ini juga bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan seluruh warga Shah Alam dan para pembaca  www.123mamanet.com agar bersikap lebih murni untuk membantu meringankan beban golongan yang mengalami kesempatan hidup.

dari hati

Projek #darihati123mamanet turut menyedarkan kita betapa kesusahan yang diterima setiap daripada kita yang hidup di dunia ini berbeza-beza. Belilah kesusahan kita dengan sikap yang baik! Jika kita ada rezeki lebih, apalah salahnya jika kongsikan apa yang ada bersama mereka yang kurang bernasib baik.

dari hati

Paling penting, bersedekah dengan penuh keikhlasan tanpa mengira bangsa dan agama. Sekurang-kurangnya kita dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh mereka yang kesempitan dalam hidup di bumi Malaysia ini.

dari hati

Bantulah orang lain yang hidup lebih susah daripada kita, maka kesusahan kita itu akan dibantu Yang Maha Esa! Insya-Alla, jika diizinkan-Nya bertemu lagi kita di projek #darihati123mamanet yang akan datang. Bagi korang yang ingin turut serta dalam projek #darihati123mamanet, jangan segan-segan ya. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu meringankan beban mereka.

dari hati

Wakil penaja dan blogger yang turut hadir menyampaikan sumbangan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penaja yang sudi membantu kami merealisasikan usaha murni ini iaitu Guardian, QSR Brands & Ayamas, Disney Channel, Annum, The Coffee Bean & Tea Leaf, Indeed Communication dan orang perseorangan.

#guardianmalaysia #qsrbrands #kedai_ayamas #kidzaniakl #disneychannel #anmumofficial #thecoffeebean&tealeaf #indeedcommunications #sacitycouncil