15 RESEPI RAMADAN DAN RAYA UNTUK ANDA DARIPADA AYAM BRAND™

AYAM BRAND™ TAMPIL DENGAN MISI KHAS MENAMBAH RASA, KESIHATAN DAN WARISAN KE DALAM RESEPI RAMADAN DAN RAYA ANDA!

 

Terkenal dengan rangkaian produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet, Ayam Brand™ memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Raya keluarga anda dengan tema “Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga” (We Care, We Are Family), sempena ulang tahunnya yang ke-125.
 
Sebagai satu jenama yang fokus dengan nilai-nilai kekeluargaan, rasa, kesihatan dan kemudahan, Ayam Brand™ telah menghasilkan 15 pilihan resepi yang sihat, lazat dan mudah untuk anda menceriakan ahli keluarga serta rakan-rakan pada musim perayaan ini.
 

 

resepi ramadan dan raya

RESEPI RAMADAN DAN RAYA UNTUK KESIHATAN DENGAN SANTAN DAN IKAN

Sambutan bulan Ramadan dan Syawal kali ini akan meneroka kebaikan semula jadi santan serta sensasi rasa yang baru dengan Santan Kelapa Ayam Brand ™ yang bebas bahan pengewat, pewarna, perasa tambahan atau ‘Mono Sodium Glutamate’ (MSG).
 
Lemak tepu di dalam santan majoritinya ialah asid laurik, satu rantaian sederhana asid lemak (medium chain fatty acid, MCFA) yang bersifat antimikrobial, antikulat dan anti protozoal yang mampu melindungi tubuh daripada jangkitan dan virus.
Kajian menunjukkan bahawa santan dapat melambatkan proses peningkatan usia ke atas otak dan hati dengan memperlahankan aspek degeneratif penyakit-penyakit kronik seperti Alzheimer dan jantung.
 
Ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 merupakan pilihan yan terbaik ketika berpuasa dan musim perayaan.
 
Asid lemak Omega-3 terbukti berupaya mengurangkan risiko kematian secara mengejut akibat masalah euritmik jantung, dandalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari dengan signifikan.
 
Omega 3 nyata bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah arthritis rheumatoid dan kemurungan.
 
Omega 3 juga penting dalam pertumbuhan otak dan penglihatan kanak-kanak. Ayam Brand™ menawarkan rangkaian produk ikan yang luas, merangkumi ikan tuna, sardin dan tenggiri dengan pelbagai perisa.
 resepi ramadan dan raya

RESEPI AYAM BRAND™ YANG TERBAIK UNTUK BERSAHUR DAN BERBUKA PUASA 

Kekalkan tenaga anda sepanjang hari pada bulan puasa dengan minuman ‘Shake-Up’ Santan Kelapa Ayam Brand™ ketika bersahur. Minuman yang sihat ini mengandungi gabungan rolled oats, santan, kacang almond dan pisang untuk memberi rasa kenyang dan mengekalkan tenaga sehinggalah waktu berbuka. Ia juga mempunyai kelebihan merendahkan tahap kolesterol.
 
Berbukalah dengan hidangan kegemaran seperti Roti Jala. Nikmatinya dengan Kari Tuna dan tidak perlu bersesak-sesak di bazar Ramadan. Sangat mudah untuk disediakan di rumah, hidangan tradidional ini pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
 
 Berikut ialah 3 daripada 15 resepi ramadan dan raya yang disediakan oleh Ayam Brand™ yang menggunakan santan kelapa Ayam Brand™

resepi ramadan dan raya

MI SUP SANTAN DENGAN TUNA CILI 

Hidanngan untuk 4 orang
 
BAHAN-BAHANresepi ramadan dan raya
  • 200g mi pilihan anda
  • 1 batang serai
  • 4 daun bawang, dicincang
  • 8 daun ketumbar, dicincang
  • 2 liter stok ikan
  • 270 ml Santan Ayam Brand
  • 370g “Fire Hot” Cili Tuna Ayam Brand, toskan.
 
KAEDAH
  1. Masak mi, toskan dan ketepikan.
  2. Sebatang serai (lebih kurang 10cm).
  3. Potong tengah serai tanpa memotong bahagian bawah.
  4. Tambah mi, ketumbar, santan dan tuna cili.
  5. Pulangan mendidih dan masak dengan api perlahan selama 2 minit.
  6. Buang serai dan hidangkan.
 resepi ramadan dan raya

ROTI JALA

Hidangan untuk 4 orang

BAHAN-BAHAN
  • 170g tepung serbaguna
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 200ml Ayam Brand santan
  • Air 200ml
  • 185g Ayam Brand kari tuna
 
KAEDAH
  1. Ayak tepung dan serbuk kunyit sekali gus.
  2. Tambah garam. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur, santan dan air.
  3. Gabungkan dengan campuran tepung sehingga adunan sebati. Gunakan penapis untuk membuang ketulan. Panaskan kuali tidak melekat. Tuangkan adunan dalam acuan roti jala.
  4. Kemudian atas kuali, gerakkan acuan dalam gerakan bulatan dengan cepat untuk membuat pancake berjala nipis.
  5. Setelah masak, pindah roti jala dari pan dan gulung.
  6. Panaskan kari tuna dalam kuali dan hidangkan dengan roti jala.

KARI MACKEREL

Hidangan untuk 4 oranga
 
BAHAN-BAHAN
Pes rempah
5 biji bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 sm halia (dikisar)
2 sudu besar serbuk kari ikan Ayam Brand™
2 sudu besar lada kisar (jika mahu pedas)
 
RAMUANresepi ramadan dan raya
½ cawan minyak masak                                 
1 tangkai daun kari segar
425 g tin Ayam Brand™ Mackerel dalam tomato sos
1 tomato, dibelah empat
2 bendi, dipotong dadu
1 kecil terung, dipotong dadu
¼ cawan air asam jawa
200 ml santan Ayam Brand™
Garam
 
KAEDAH
  1. Dalam pengisar , campur bahan-bahan rempah pes sehingga sebati. Dalam periuk besar, panaskan minyak goreng dan kacau daun kari. Kemudian, masukkan pes rempah dan bahan-bahan dari pengisar.
  2. Tambah tomato, bendi dan terung. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan sos tomato dari tin mackerel, jus asam jawa dan separuh santan. Tambah garam dan lada secukup rasa. Untuk kari yang kaya, reneh lagi sehingga pekat.
  3. Kemudian masukkan mackerel dan baki santan untuk mengekalkan aroma kelapa. Biarkan reneh selama 2-3 minit lagi dan kacau perlahan-lahan, tanpa memecahkan mackerel.
  4. Hiaskan dengan hirisan cili dan hidangkan.

 

Ikuti Bahagian II artikel ini esok untuk mendapatkan lebih banyak resepi ramadan dan raya yang enak.