AYAMAS KITCHEN  PERKENALKAN 3 MENU PILIHAN READY–TO-EAT(RTE)

Baru-baru ni, Kedai Ayamas dengan jenama Ayamas Kitchen telah melancarkan tiga jenis menu pilihan sedia- dimakan atau ‘ready-to-eat’ (RTE) iaitu Briyani Ayam Bukhara, Nasi Philaf Ayam Mentega dan Nasi Kandar Ayam Masala.

 

Pasti ramai yang menyukai ketiga-tiga jenis hidangan lengkap sedia-dimakan ini. Bertepatan dengan slogannya “Mudah dan Lazat”, rangkaian produk RTE daripada Ayamas Kitchen ini bukan sahaja mudah untuk disediakan.

Paling penting ia berkhasiat dan mempunyai nutrien lengkap untuk keperluan harian setiap individu.

menu pilihan

Menu Pilihan RTE Mudahkan Pengguna

Bahkan turut menjimatkan masa dan tenaga kita di dapur. Apatah lagi di saat kesibukan melanda diri untuk menyediakan hidangan. Menu  RTE daripada Ayamas Kitchen ini boleh dijadikan penyelamatnya!

 

Kita hanya perlu panaskannnya di dalam ketuhar selama empat atau lima minit sahaja. Cara atau kaedah memanaskan hidangan tersebut pun sangat mudah.

 

Bahkan anda tidak perlu bimbang jika anak-anak kelaparan kerana mereka sendiri boleh sediakan hidangan ringkas ini.

 

Kepada ibu bapa yang sering pulang lewat, RET ini adalah solusi untuk anda. Tidak perlu kelam kabut hendak menumis dan sebagainya.

 

Begitu juga yang suka travel, produk RET daripada Ayamas Kitchen ni pun boleh dijadikan pilihan.

 

Untuk remaja yang tinggal asrama atau di rumah sewa, RET ini juga boleh membantu di saat anda perlukan makanan. Anda tidak perlu bersusah-payah untuk keluar makan di warung dan sebagainya.

menu pilihan

Produk Ready-To-Eat (Ret) Punya Ramai Peminat

Menurut  Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, produk sedia dimakan atau RTE ini sudah lama mendapat tempat di hati para pelanggan, khusunya generasi muda.

 

Jadi, sebab itulah pihak Ayamas menerusi bahagian R&D dalamannya telah mencipta tiga jenis pek sedia dimakan ini dalam bentuk hidangan yang berkualiti.

menu pilihan

Briyani Ayam Bukhara Nasi Philaf Ayam Mentega dijual dengan harga RM7.90 sepaket. Manakala Nasi Kandar Ayam Masala pula RM7.90 sepaket.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Kedai Ayamas, boleh layari www.kedaiayamas.my ataupun ke www.facebook.com/AyamasRoasters/

 

BACA : SENANG MASAK DENGAN PES DAN SOS AYAMAS KITCHEN