4 Cara Hilangkan Eyebag Dengan Pantas

cara hilangkan eyebagMempunyai eyebag yang ketara (lingkaran hitam di bawah mata) boleh buat kita nampak lebih tua! Itu yang Mamanet tak nak dan gigih mencari serta mencuba petua atau cara hilangkan eyebag ini.

Penyebab munculnya eyebag bermacam-macam. Kurang tidur boleh menjadi salah satu penyebab utamanya. Seseorang yang kurang tidur dikatakan memiliki hormon melanin (pigmen) yang banyak. Hormon inilah yang mengundang munculnya eyebag atau mata panda dan penuaan semula jadi.

 

Selain daripada kurang tidur, beberapa penyebab lain seperti dehidrasi, terdedah pada sinaran matahari, merokok, anemia dan penggunaan mekap yang berlebihan juga boleh menjadi penyebabnya.

Cara Hilangkan Eyebag Dengan Cepat Dan Berkesan

 

  1. cara hilangkan eyebagMinyak Zaitun

Minyak zaitun terlalu banyak khasiatnya dan merupakan salah satu cara hilangkan eyebag. Sangat mudah untuk dipraktik.

Setiapkali selepas anda mandi, sama ada pagi ataupun petang, sapukan minyak zaitun pada kawasan mata selama 30 minit. Kemudian berikan urutan lembut supaya ia meresap dan dapat bekerja dengan lebih berkesan.

 

  1. Ais Batucara hilangkan eyebag

Ais batu dikatakan cukup efektif untuk menghilangkan eyebag.Tambahan pula, sifat ais yang sejuk mampu memberikan kesegaran kulit.

Bersihkan muka. Kemudian Ambil beberapa ketul ais batu, bungkus dalam sapu tangan lembut. Kemudian tekap-tekap pada mata anda.

 

  1. Sudu Sejuk

Bunyi macam pelik, tapi nak tak nak kena percaya bahawa cara hilangkan eyebag dengan menggunakan senduk ini cukup efektif. Rasa sejuk yang terhasil daripada sudu yang telah direndam dalam ais batu dapat membantu merelakskan kulit pada bahagian bawah mata.

Caranya mudah sahaja, rendam sudu dalam ais batu selama 20 minit.Relaks dan gosok-gosoklah dengan lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.

 

  1. Timuncara hilangkan eyebag

Bersihkan muka, kemudian baring. Letakkan potongan timun yang telah disejukkan selama 30 minit terlebih dahulu ke bahagian sekitar mata. Relaks, gosok perlahan-lahan dan biarkan potongan timun dengan lembut selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk.

Rasa sejuk daripada buah timun dapat mengurangkan bahagian mata yang bengkak serta  berfungsi untuk mengecilkan dan menyamarkan eyebag serta menengangkan jaringan kulit muka.

 

(Visited 144 times, 1 visits today)

Leave a Reply