RISAU SEBAB TERLALU KURUS? CUBALAH 5 CARA CEPAT GEMUK!

Ternyata masalah berat badan bukan hanya sebab gemuk, tetapi juga bagi kita yang memiliki badan yang kurus. Ketahui rahsia cepat gemuk dengan membaca artikel ini sampai habis!

 

Biasanya orang yang kurus lebih sukar memiliki bentuk badan ideal kerana kita akan nampak kurus kerempeng!

 

Sungguhpun ingin menambah berat badan, tetapi kita kena juga tahu cara yang tepat atau betul. Lagipun untuk mencapai misi bentuk badan yang ideal kita perlu meningkatkan massa otot dan bukannya menambah lemak!

 

Di samping itu, kita yang berbadan kurus juga perlu tahu apa penyebabnya yang membuatkan kita jadi begitu. Kenal pasti penyebabnya, mungkin disebabkan metabolisme tubuh, faktor genetik dan sebagainya.

cara cepat gemuk

Berikut Beberapa Cara Cepat Gemuk Yang Boleh Dicuba

1. Makan Dengan Teratur

Kekurangan pengambilan makanan atau gaya makan yang tidak teratur boleh menajdi penyebab utama mengapa badan kita menjadi kurus.

 

Antara cara cepat gemuk yang perlu dipraktik, makanlah secara teratur tiga kali dalam sehari.Tiga hidangan penting yang sebaiknya tidak kita abaikan adalah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

 

Sekalipun kita terlalu sibuk, pastikan kita tidak terlepas atau melewatkan masa makan kita. Insya-Allah apabila jadual atau waktu makan kita sudah teratur, badan kita akan menyesuaikan dengan sendirinya sehingga berat badan kita jadi bertambah.

cara cepat gemuk

2. Kunyah Makanan Sampai Lumat

Cara cepat gemuk yang boleh kita cuba ialah dengan mengubah kebiasaan kita yang jarang mengunyah makanan sehingga benar-benar lumat.

 

Makanan yang dikunyah dengan lembut akan membuatkan makanan yang masuk ke dalam perut menjadi lebih mudah diserap. Perkara ini juga akan menjadikan kandungan zat dan nutrisi yang masuk akan menjadi lebih sempurna untuk tubuh.

cara cepat gemuk

3. Pilih Makanan Yang Kaya Dengan Karbohidrat Dan Protein

Pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan protein tinggi merupakan salah satu cara untuk kita menambah berat badan.

 

Di samping itu, pengambilan makan yang mempunyai lemak juga dikatakan mampu membantu kita menaikkan berat badan dengan kadar segera. Lagipun bukan semua lemak itu jahat. Lemak yang baik juga memainkan peranan utama dalam perkembangan otak, mencegah inflamasi dan juga pembekuan darah.

cara cepat gemuk

4. Minum Susu

Cubalah minum susu paling kurang dua kali sehari kerana ia boleh menjadi salah satu cara cepat gemuk. Susu mengandungi protein yang banyak sehingga mampu membantu pertumbuhan jaringan otot.

 

Di samping itu, kandungan kalsium yang terdapat pada susu juga memperkuatkan tulang. Sebaiknya pilih susu segar atau full cream dan bukannya susu high calcium atau rendah lemak. Jika tidak suka minum susu, kita boleh makan produk olahan susu seperti keju atau aiskrim.

cara cepat gemuk

5. Minum Air Masak

Perbanyakkan minum air masak juga penting. Di samping menjaga pengambilan mineral untuk tubuh, minum air masak yang banyak juga dapat melindungi kita daripada dehidrasi.

 

Untuk menambah berat badan, kita tidak digalakkan minum air terlebih dahulu sebelum makan kerana ia menyebabkan perut terasa kenyang sehingga jumlah makanan yang akan diambil menjadi berkurangan kerana telah diisi oleh minuman tersebut.

 

Lagipun minum air masak akan membantu melancarkan sistem penghadaman kita.Apabila sistem penghadaman kita dapat memproses dengan baik, jadi lebih mudah untuk badan menyerap segala zat dan vitamin yang ada di dalam badan. Secara tak langsung ia akan membantu kita menambahkan berat badan.

cara cepat gemuk

Itulah beberapa cara cepat gemuk yang boleh dipraktik jika badan kita terlalu kurus. Lakukan dengan penuh displin dan konsisten. Moga-moga berjaya!

BACA CARA BUANG TOKSIN DALAM BADAN PALING BERKESAN!