5 Cara Hilangkan Mengantuk, Dijamin Berkesan!

cara hilangkan mengantukMENGANTUK di pagi hari terutama di tempat kerja adalah perkara biasa dan sering dialami oleh orang yang sedang bekerja. Lebih-lebih lagi kalau sudah berada di tahap ‘gaban’, boleh hilang fokus jadinya! Bagi anda yang ingin mengetahui cara hilangkan mengantuk, berikut tipnya.

 

 

Sebenarnya rasa mengantuk itu merupakan efek tubuh yang disebabkan kerana kepenantan fizikal dan juga akibat anda kurang tidur. Mengantuk di tempat kerja bukan hanya kerana disebabkan anda kurang tidur dan kepenantan, tetapi boleh juga akibat rasa bosan.

 

Cara Hilangkan Mengantuk Ketika Bekerja:

 

  1. Jangan Asyik Duduk, Cuba Bergerak

Mengantuk boleh menjadi petanda bahawa metabolisme anda menurun. Duduk dalam tempoh yang lama akan membuatkan pengaliran darah menjadi kurang lancar sehingga menyebabkan pengaliran darah ke otak juga menurun.

 

Disebabkan itu nutrisi untuk otak seperti oksigen dan nutrisi daripada makanan juga turut menurun membuatkan kita jadi mengantuk. Cara hilangkan mengantuk yang boleh anda lakukan adalah dengan berdiri setiap 60 minit sekali, serta sesekali buatlah streching.

 

 

  1. Rehatkan Seketika Mata, Otak Dan Tubuh

Kalau duduk sahaja menghadap komputer memanglah penat. Lebih-lebih lagi kalau duduk berjam-jam tanpa henti. Mata, otak dan juga tangan seolah-olah dipaksa untuk bekerja.

 

Sebaiknya, sisihkan sedikit waktu untuk merelakskan tubuh dan otak anda itu. Setiap dua jam di depan komputer, rehatlah 10-15 minit sambil bangun dan melihat pemandangan di persekitaran anda.

 

 

  1. Perbanyakkan Minum Air Masakcara hilangkan mengantuk

Cara hilangkan mengantuk yang satu ini tidak ramai yang tahu. Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan tahap kosentrasi menurun sehingga menyebabkan penglihatan menjadi kabur serta dehidrasi. Masalah dehidrasi itulah yang menjadi salah satu faktor penyebab munculnya rasa mengantuk dan penat badan.

 

Air masak mengandungi banyak oksigen, sehingga pengambilan oksigen yang diperlukan oleh tubuh, terutama otak dapat dipenuhi dan pastinya kosentrasi atau fokus anda akan kembali terisi.

 

 

  1. Minum Kopi

Biarpun cara mengatasi rasa mengantuk dengan minum kopi paling ‘win’, pastikan ia tidak diambil secara berlebihan (sebaiknya dua cawan sahaja) kerana ia boleh menyebabkan ketagihan.

 

Untuk menghilangkan mengantuk, sebenarnya bukan kopi sahaja yang boleh anda minum. Ada beberapa minuman yang boleh menghalau rasa mengantuk, sekaligus memberikan rasa segar pada tubuh.

 

Antaranya, coklat panas, teh mint dan teh hijau bersama oren. Meskipun teh juga mempunyai kafein, tetapi jumlahnya sedikit. Dengan sedikit campuran oren atau lemon, antioksidan yang terkandung di dalamnya akan menjadi penghilang rasa mengantuk.

 

 

  1. Borak, Jangan Tak Borak!

Apabila anda sudah terasa penat dengan kerja-kerja anda, berganjaklah seketika dari meja kerja dan pergilah ke meja kawan-kawan berdekatan dengan ruangan kerja anda.

 

Tak ada salahnya jika anda luangkan sedikit waktu untuk berborak seketika dengannya bagi menghilangkan rasa mengantuk dan menyegarkan kembali fikiran.

 

 

Selamat mencuba 5 cara hilangkan mengantuk ini. Ternyata menghilangkan rasa mengantuk waktu bekerja taklah sesukar mana, kan… Cuba tau tip di atas.

 

LIKE KAMI DI FACEBOOK

 

 

 

 

Leave a Reply