5 CARA MEMAKAI TUDUNG AGAR LEBIH KEMAS DAN SELESA

Biasanya bagi yang baru berjinak-jinak memakai hijab, pastinya akan berasa sukar, bukan sahaja pening dengan cara memakai tudung. Bahkan sukar untuk memilih tudung atau motif yang sesuai untuk digayakan.

Sungguhpun begitu, jangan stress ok, kerana anda tidak sendirian sebab masih ramai lagi di kalangan hijabers yang sudah terbiasa bertudung pun masih belum betul-betul faham dengan cara memakai tudung ini.

Jika anda sudah memutuskan untuk memakai tuduung, lakukanlah dengan seikhlas hati. Ini adalah kerana bertudung merupakan kewajipan kepada sang Pencipta dan bukan sekadar untuk penampilan fizikal semata-mata, melainkan juga untuk menghijabi jiwa raga kita.

Di sini Mamanet kongsikan tip dan trik supaya kita berasa lebih selesa dan betah apabila mengenakan tudung.

LIKE & SHARE MAMANET

BACA: TIP MEKAP NATURAL BAGI YANG BERHIJAB

cara memakai tudung

BERIKUT BEBERAPA CARA MEMAKAI TUDUNG ATAU HIJAB YANG LEBIH SELESA:

  1. MATERIAL TUDUNG

Pastikan material tudung atau hijab yang dipilih benar-benar selesa dipakai di kepala dan tidak panas.

Di samping itu, pilihlah tudung yang materialnya juga boleh menyerap peluh.

Selain itu, pertimbangkan juga memilih tudung yang fungsinya tidak jarang dan  mampu menutup aurat, terutama rambut, leher dan bahagian dada.

Material tudung seperti lycra, pashmina dan cotton boleh dijadikan pilihan terbaik. Lagipun cara memakai tudung atau mengayakannya lebih mudah.

cara memakai tudung

  1. SESUAI DENGAN BENTUK MUKA

Cari atau gayakan rekaan atau potongan tudung yang sesuai dengan bentuk muka kita.

Jika memiliki bentuk muka bujur, tentunya tidak ada sebarang masalah kerana kebanyakan tudung sesuai dipakai.

Tetapi jika mempunyai bentuk muka yang panjang atau lonjong, tudung dengan under caps sehingga ke dahi lebih sesuai kerana ia akan membuatkan bentuk muka kita kelihatan lebih padat atau penuh.

Manakala untuk muka empat segi, tudung jenis rounded shape/bulat lebih sesuai digayakan kerana ia akan membuat muka nampak bujur sedikit.

Bagi yang mempunyai bentuk muka dengan dahi lebar, cara memakai tudung terbaik adalah dengan mengenakan inner yang mampu menutupi bahagian luar sisi kanan dan kiri pipi.

cara memakai tudung

  1. PILIH WARNA YANG TEPAT

Kenakan tudung yang sesuai dengan warna kulit bagi mendapatkan efek penampilan yang lebih menarik.

Pilihan warna yang tepat akan membuatkan muka nampak lebih berseri-seri sehingga kita akan berasa lebih selesa dan yakin ketika memakai tudung.

Selain itu, warna tudung yang sesuai dengan pakaian yang sedang digayakan juga penting supaya kita tidak nampak pelik sehingga dikatakan mangsa fesyen!

Jika berkulit putih, majoriti semua jenis tudung sesuai digayakan, cuma lebihbaik menghindari warna putih supaya tidak nampak pucat.
Bagi yang berkulit kuning langsat, pilihlah warna gelap seperti biru tua, maroon, ungu dan hitam. Manakala yang berkulit gelap pula, pilihlah tudung berwarna lembut dan neutral kerana ia akan membuatkan muka kelihatan lebih cerah dan berseri-seri.

cara memakai tudung

 

  1. IKAT ATAU SANGGUL RAMBUT DAN PAKAI INNER

Sebelum pakai tudung, ikatlah rambut kita terlebih dahulu bagi mencegah helaian rambut terkeluar atau terurai. Jadi, sebaiknya gunakan dalaman tudung yang menutup seperti inner ninja.

cara memakai tudung

  1. PILIH REKAAN TUDUNG YANG SIMPLE

Pilih rekaan atau design tudung yang simple untuk permulaan ini. Setelah itu, boleh tambahkan aksesori tudung yang sederhana dan sesuai dengan tudung yang dikenakan.

Kalau dah mahir nanti, bolehlah cuba stail-stail tudung yang lain. Ada banyak tutorial cara memakai tudung dengan pelbagai gaya di internet.Malahan, kita juga boleh mencipta gaya pemakaian tudung sendiri.

cara memakai tudung

Semoga artikel cara memakai tudung ini bermanfaat buat anda yang baru mengenakan tudung atau hijab. Semoga kita selalu dalam kebaikan.