5 CARA MENGHILANGKAN PENAT SELEPAS BALIK KERJA.WAJIB CUBA!

Cara menghilangkan penat. Tentu ramai yang nak tahu kan? Apatah lagi, kalau kita bekerja seharian dari pagi sampailah ke petang atau malam.

Sudah tentulah badan kita akan terasa penat walaupun kerja kita hanya duduk menghadap komputer. Penat tetap penat!

Kadangkan tuntutan deadline kerja di pejabat juga boleh membuatkan kita menjadi stress dan tidak tenang.

Belum lagi masuk bab jalan sesak dan terperangkap di dalamnya setiapkali balik kerja. Rasa penat badan dan emosi memang bercampur menjadi satu!

Akibatnya, ketika sampai di rumah, Mood kita pun menjadi tidak ok. Rasa penat dan emosi pun berbaur menjadi satu.cara menghilangkan penat

JADI, APAKAH CARA MENGHILANGKAN PENAT SELEPAS BALIK KERJA YANG TERBAIK ATAU PALING BERKESAN? JOM, SEMAK!

  1. BERURUT

Berurut adalah salah satu strategi yang paling berkesan atau cara menghilangkan penat wajib dicuba. Kita boleh merelakskan badan, terutama setelah seharian penat bekerja.

Urutan boleh dilakukan oleh kita sendiri, tetapi kalau nak lebih sedap, ada baiknya kalau kita meminta bantuan orang lain yang memang pakar dalam bab urut mengurut ini.

Beberapa bahagian badan yang akan memberikan efek relaks ketika diurut, antaranya bahagian bahu, leher,lengan,pinggang, paha dan juga kaki.

Di samping itu, berurut juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah serta menghindari badan kita dari stress.cara menghilangkan penat

  1. MENDENGAR MUZIK

Muzik dengan alunan yang lembut boleh menjadi terapi untuk jiwa kita.Setelah seharian penat bekerja, kita boleh cuba cara menghilangkan penat tersebut dengan mendengar muzik yang tenang seperti instrumental.

Nikmati muzik tersebut sambil memejamkan mata sejenak. Alunan muzik akan membuatkan fikiran  dan jiwa kita menjadi lebih tenang serta relaks.cara menghilangkan penat

  1. MANDI DENGAN AIR PANAS

Mandi dengan air panas (suam-suam kuku) sambil ditemani dengan muzik kegemaran sudah pasti akan membuatkan kita seperti sedang berehat dari segala aktiviti dunia.

Isi tub mandi dengan air panas dan titiskan sedikit wangian aroma terapi dan berendamlah dengan relaks sambil mendongakkan kepala  ke atas.

Biarkan fikiran kita tenang seketika. Perkara seperti ini akan merelakskan fikiran kita dengan baik. Sebaiknya kita lakukan pada malam hari sebelum hendak tidur.cara menghilangkan penat

  1. MINUM SECAWAN COKLAT PANAS ATAU SECAWAN TEH

Secawan coklat panas atau secawan teh boleh menjadi pilihan atau cara menghilangkan penat yang efektif.

Minum secawan coklat panas akan membuatkan badan kita kembali relaks dan tenang. Begitu juga dengan teh.
Cuba minum secawan teh tawar pada pagi hari dan teh herba pada sebelah malam.

Teh peppermint dan lemon tidak mengandungi kafein. Jika tidak suka kedua teh tersebut, minumlah teh hijau yang mengandungi L-Thiamine.  dan tidak berkafein. Tambahkan sedikit madu kerana ia mampu memberikan efek menenangkan fikiran serta badan.cara menghilangkan penat

  1. TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Ketika kita stress, pengaliran darah menuju ke otak berjalan tidak lancar sehingga membuatkan gerak kerja jantung dan pengaliran zat-zat yang diperlukan seluruh badan juga menjadi tidak baik.

Menarik nafas dalam-dalam dapat membantu membawa oksigen ke otak dan sekaligus membuatkan fikiran kita menjadi lebih segar. Apatah lagi, jika kita betul-betul fokus dan melakukannya di tempat-tempat yang kaya dengan oksigen seperti di taman atau di kawasan yang banyak pokok.cara menghilangkan penat

Itulah beberapa cara menghilangkan penat yang boleh dilakukan selepas seharian penat bekerja. Jangan sesekali biarkan masalah kerja membuatkan anda tidak tenang. Percayalah di sebalik semua masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.