5 CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI YANG KITA TAK SANGKA!

Menjaga kesihatan diri sangat penting. Apabila badan kita sihat maka segala aktiviti yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita mahukan.

 

Ada banyak cara  yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri dan juga tubuh kita. Selain menjaga pemakanan yang sihat, kita juga perlu menghindari beberapa tabiat atau amalan yang tidak baik supaya kesihatan kita tetap terjaga.

 

Untuk Menjaga Kesihatan Diri Kita Perlu Menghindari Beberapa Rutin Ataupun Tabiat Buruk Ini:

 

  1. Mengorek Telinga Atau Hidung

Mengorek telinga atau hidung untuk mengeluarkan segala kotoran dari hidung sememangnya perlu kita lakukan. Namun, janganlah melakukannya sewenang-wenangnya tanpa mencuci tangan sebelum atau selepas membuat aktiviti ini.

 

Ini adalah kerana kuman-kuman yang telah melekat pada jari kita akan menyebabkan jangkitan kuman sehingga ke dalam rongga hidung dan boleh menyebabkan ekzema.

kesihatan diri

  1. Suka Gigit Kuku dan Hisap Jari

Tangan sering kita gunakan untuk memegang atau menyentuh banyak benda. Jadi, sebab itulah kuman dan bakteria banyak melekat di tangan.  Bakteria mudah sekali masuk ke dalam badan kita melalui mulut.

 

Meskipun kita mungkin sudah membasuh tangan, tetapi pada bahagian bawah kuku jarang sekali kita membasuhnya. Biasanya kita melakukan kebiasaan mengigit kuku atau menghisap jari ini tanpa sedar.

kesihatan diri

 

  1. Menutup Mulut Dengan Tangan Ketika Bersin Atau Batuk

Apabila kita selesema atau batuk dan gatal-gatal hidung, kita akan terbersin. Demi menjaga kesihatan diri supaya kekal sihat, sebaiknya elakkan menutup mulut dan hidung dengan kedua-dua telapak tangan yang kosong.

Di samping itu, jangan lupa untuk sentiasa membersihkan tangan selepas terbersin bagi mengelakkan kuman atau virus dari penyakit yang kita alami itu merebak kepada orang lain.

kesihatan diri

 

  1. Mandi Menggunakan Gel Mandian

Tujuan utama kita mandi adalah untuk membersihkan badan daripada segala kotaran, bakteria atau virus yang menyebabkan penyakit. Mandi dengan menggunakan sabun mampu memaksimumkan proses pembersihan tersebut.

 

Bagaimanapun, pemakaian gel mandi yang keterlaluan pada setiap hari dikatakan boleh merosakkan kulit. Ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalamnya mampu mengikis lapisan luar perlindungan kulit atau pelembab semula jadi.

 

Apabila kita terlalu kerap menggunakan gel mandian ia boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih kering dan menyebabkan ekzema. Pastikan kita memakai pelembap atau losyen tanpa bahan pewangi selepas mandi.

kesihatan diri

 

  1. Guna Ubat Gigi Terlalu Banyak

Terlalu banyak mengggunakan ubat gigi tidak bagus untuk kesihatan diri dan juga tubuh. Terdapat beberapa kandungan bahan dalam ubat gigi seperti detergent, bahan perasa  dan fluorida yang boleh memberikan efek sampingan pada tubuh.

 

Antaranya ulser mulut dan alergi pada rongga mulut. Penggunaan florida yang berlebihan juga boleh menyebabkan fluorosis pada enamel gigi, dan boleh membahayakan organ dalam badan kita yang lainnya.

kesihatan diri

 

Itulah beberapa cara menjaga kesihatan yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan badan yang sihat dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Selamat mengamalkannya!

 

BACA – KESAN MANDI MALAM, EFEK YANG PERLU KITA TAHU