5 Minuman Detox  Segarkan Tubuh

minuman detox lemonMinuman Detox. Ada pelbagai jenis minuman detox yang boleh anda pilih. Kalau tanya Mamanet, tentu sahaja Lemon Panas menjadi pilihan!

Serius… proses detox sangat mudah, dan anda boleh membuatnya sendiri di rumah macam yang Mamanet selalu buat.

Bagi anda yang ingin kurus, pengambilan minuman detox  menjadi penting kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan tanpa efek sampingan yang membahayakan.

Malahan, pengambilan minuman detox juga mampu membuang semua toksik atau racun dan bahan kimia berbahaya yang telah lama ‘membeku’ di dalam tubuh, sekaligus meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Minuman detox dari sumber semulajadi

Dibuat daripada bahan semulajadi yang sangat nikmat dan banyak mengandungi vitamin buat tubuh. Minuman detox ini tidak menggunakan gula tambahan dan bahan pengawet. Anda boleh mengunakan buah-buahan seperti lemon, strawberi, oren dan sebagainya.

Jika anda mengambil minuman detox  yang berasaskan buah-buahan, bermakna anda akan dapat keperluan serat seharian bagi tubuh anda.

Berikut beberapa minuman detox  yang boleh anda pilih:

  1. Lemon Panas

Belah sebiji buah lemon menjadi dua bahagian. Sediakan air panas masak dalam cawan dan perahkan separuh buah lemon tadi. Sebaiknya ia diminum sebelum anda bersarapan.

Lemon yang dicampur dengan air panas ini bagus untuk detox tubuh. Jika dilakukan secara rutin selama sebulan, tidak mustahil berat badan anda akan turun dengan banyak.

  1. Teh Hijau

Sejak dahulu lagi teh hijau dipercayai untuk menangkis racun dan radikal bebas dalam tubuh. Minuman ini mengandungi antioksidan dan mampu mempercepatkan metabolisme tubuh. Anda boleh mengambil teh hijau secara rutin, namun jangan berlebihan.

  1. Air Panas

Air panas juga dipercayai sebagai minuman detox yang sangat bagus untuk mengeluarkan toksik dalam tubuh. Anda boleh mencampurkan air panas dengan pelbagai buah-buahan lain.

Peluh yang muncul apabila anda meminum air panas ini merupakan cara detox toksik yang dikeluarkan oleh tubuh. Anda boleh campur air panas ini dengan sedikit madu ataupun daun mint.

Campuran air panas dan garam pink turut merupakan cara terbaik untuk nyah toksik.

Mineral yang terdapat dalam air garam juga boleh membuang toksik yang terdapat dalam tubuh anda. Ini adalah kerana garam pink mengandungi zat anti bakteria yang akan membunuh bakteria dalam sistem tubuh.

DAPATKAN  GARAM PINK

iklan soley

 

 

 

 

 

Sponsored

  1. minuman detox tembikai

    Detox tembikai

    Jus Tembikai

Minuman ini bukan sahaja enak dan segar. Kandungan air daripada buah tembikai yang banyak ini juga boleh menyegarkan otak dan kulit sepanjang hari.

Campurkan jus tembikai dengan daun mint untuk rasa dan khasiat yang lebih baik. Minuman detox daripada tembikai ini boleh menghancurkan lemak dan melenyapkan racun dalam tubuh yang tersimpan di dalam usus.

 

 

  1. Buah Strawberi Dan Buah Kiwiminuman detox kiwi

Kaya dengan vitamin dan antioksidan. Cukup bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem pertahanan tubuh, menurunkan gula darah serta melancarkan penghadaman.

Caranya membuat minuman detox mengunakan buah strawberi dan kiwi ini cukup senang. Anda hanya perlu menghiris nipis buah strawberi dan kiwi, kemudian hancurkan sedikit dengan menggunakan senduk. Kemudian tambahkan 500ml air masak, simpan dalam peti sejuk selama dua jam sebelum dinikmati.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Reply