5 Penyebab Vagina Gatal

Penyebab Vagina GatalPenyebab Vagina Gatal. Confirm! Tentu ramai yang nak tahu apa punca ataupun yang menjadi penyebab Miss V anda terasa amat gatal dan ‘mengenyam’!

Masalah vagina gatal merupakan perkara normal yang terjadi pada wanita dan cenderung tidak berbahaya. Tetapi, jika rasa gatal itu berlarutan atau disertai dengan masalah lain, ini dah jadi kes luar biasa. Jadi, eloklah anda mendapatkan rawatan doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan yang sewajarnya.

Ketahui 5 Penyebab Vagina Gatal dan solusinya

  1. Pembersih Vagina

Tahukah anda cecair pembersih vagina tidak bagus untuk vagina.Tambahan pula jika ia mengandungi PH yang tidak sesuai dengan vagina.Kebanyakan wanita yang menggunakan pembersih vagina lama kelamaan akan mengalami infeksi bakteria dan kulat, sehingga menjadi penyebab vagina gatal.

 

  1. Masalah Seluar Dalam

Vagina mudah mengeluarkan peluh, jadi sebab itulah anda perlu menghindari pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat atau terlalu lama. Seluar dalam yang ketat akan membuatkan perjalanan udara yang masuk ke dalam vagina tersekat.

 

Untuk mendapatkan vagina yang sihat, anda disarankan memakai seluar dalam yang longgar dan menyerap peluh. Seluar dalam daripada kain kapas lebih mudah menyerap peluh dan sangat bagus untuk kesejahteraan vagina anda.

Jangka masa terlalu lama memakai seluar dalam juga merupa faktor infeksi. Bayangkan anda keluar ke tempat kerja pada jam 7 pagi dan pulang hampir jam 8 malam. Anda boleh sama ada membawa seluar dalam lebih dan menukarnya pada waktu tengah hari atau menggunakan panty liner dan menukarnya setiap kali lepas buang air. Keringkan vagina anda setiap kali ke tandas.

 

Baca juga: Resipi Mee Kuah Daging ini telah mendapat perkongsian sebanyak 790. Ternyata orang Malaysia memang suka makan daging dan mi.

 

  1. Tubuh Kekurangan Air

Kekurangan air dalam tubuh juga boleh menjadi penyebab vagina gatal.

Ubat terbaik untuk menghilangkan racun dalam tubuh adalah air. Minum air yang mencukupi akan membuatkan anda membuang urine dari lubang vagina. Ini bermakna bakteria penyebab vagina gatal juga akan ikut terbuang dari kawasan yang sensitif itu.

 

  1. Diet Yang Salah

Diet yang salah boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, terutama untuk kulit anda. Jika anda sedang berdiet, anda disarankan menambahkan makanan anti bakteria semula jadi seperti yougurt, bawang putih dan halia. Ia akan membantu menyembuhkan dan menyingkirkan bakteria jahat di vagina.

 

  1. Tidak Bersih Selepas Melakukan Hubungan SeksPenyebab Vagina Gatal

Keadaan ini biasa terjadi, ramai kaum isteri yang tidak membersihkan diri khususnya vagina selepas melakukan hubungan seks. Jadi, anda lebih terdedah untuk mengalami infeksi vagina. Sebaiknya, segera ke tandas untuk buang air kecil dan bersihkan vagina selepas melakukan hubungan seks untuk mengelakkan bakteria membiak.

Suami pun perlu menjaga kebersihan. Pastikan anda mencuci zakar anda sebelum dan selepas bersama isteri untuk mengelakkan sebarang jangkitan bakteria.

 

  1. Infeksi Kulat

Penyebab vagina gatal yang umum adalah disebabkan infeksi kulat oleh Candida Albicans. Kulat ini tumbuh subur di kawasan lembab  tubuh seperti di vagina. Selain itu, infeksi kulat ini juga boleh datang jika anda mengalami stress, menderita penyakit diabetis, daya ketahanan tubuh menurun, pengaruh pil hormon dan lain-lain lagi. Gejala infeksi kulat pada vagina akan membuatkan anda rasa pedih ketika membuang air kecil, melakukan hubungan seks serta rasa gatal. Vagina juga akan nampak kemerahan dan terasa bengkak.

 

Baca juga: Siapalah yang tidak mahu selalu disayangi suami. Rasa tenang dan bahagia jer bila sentiasa disayangi dan dimanjai suami! Dapatkan tip disayangi suami selamanya.

 

Tip Ekstra!Penyebab Vagina Gatal

Jika anda tetap mahu menggunakan pembersih vagina, pastikan produk yang dipilih itu tepat dan selamat daripada sebarang kandungan bahan berbahaya. Selain itu, anda juga boleh merebus daun sirih secukupnya dan campurkan sedikit Garam Raja.Gunakan air rebusan tersebut untuk membilas vagina sehingga bersih. Chop! Jangan lupa juga ya untuk mengeringkan vagina dengan tuala lembut dan bersih sebelum anda memakai seluar dalam.

 

 

Leave a Reply