5 Petua Hilangkan Keputihan Dengan Berkesan

petua hilangkan keputihan

kredit foto: momjunction

KEPUTIHAN tidak semurni namanya. Bila dah kena, kesannya tak boleh dijangka. Gatal, perit dan bau buatkan anda stres! Jangan risau! Mamanet ada caranya. Selain menjaga kebersihan vagina, anda boleh amalkan beberapa petua hilangkan keputihan yang dijamin berkesan ini.

 

 

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu fisiologis (terjadi masa subur ataupun sebelum/sesudah menstruasi) –  mengeluarkan lendir dengan sedikit bau, tetapi tidak berwarna) dan patologis (kawasan alat sulit wanita mengeluarkan banyak lendir berbau, berwarna dan menimbulkan rasa gatal).

 

  1. Kunyit
    petua hilangkan keputihan-

    kredit foto: tsroyalorganics

Kunyit mampu membantu mengatasi bakteria yang menjadi penyebab keputihan yang tidak normal. Kunyit adalah bahan antibiotik semulajadi.

 

Penyembuhan boleh dilakukan dengan minum air kunyit. Minumlah segelas air kunyit (sebaiknya ibu kunyit) pada setiap hari secara teratur (sehingga sembuh) kerana ia mampu membantu mengatasi keputihan dengan lebih cepat.

 

  1. petua hilangkan keputihan

    kredit foto: fitnessandfreebies

    Pisang

Pisang mampu mengurangkan keputihan dengan cara semulajadi serta menyembuhkannya. Buah ini boleh membantu tubuh menyeimbangkan hormon dari dalam tubuh.

 

Untuk menghentikan keputihan tersebut, cubalah makan dua biji pisang pada setiap hari.

 

 

 

 

  1. petua hilangkan keputihan

    kredit foto: daunsirih

    Daun Sirih

Kita boleh mencuba petua hilangkan keputihan dengan menggunakan daun sirih. Caranya mudah sahaja, rendam daun sirih yang sudah diramas ke dalam air suam selama sejam. Tambahkan sedikit garam, lagi bagus jika garam pink.

 

Kemudian gunakan air tersebut untuk membasuh Miss V. Jika anda memilih untuk menggunakan pembersih vagina yang mengandungi pati daun sirih, pilihlah yang kadar asidnya rendah supaya tidak merosakkan ekosistem bakteria pada bahagian peranakan kita.

 

 

  1. petua hilangkan keputihan

    kredit foto: readanddigest

    Halia

Halia juga merupakan petua hilangkan keputihan yang cukup efektif. Boleh dimakan begitu sahaja, ataupun dibuat air rebusan halia.

 

Halia mampu melawan bakteria jahat yang membiak dalam vagina. Minumlah segelas halia panas secara rutin setiap hari. Boleh juga ditambah dengan gula batu atau madu agar air halia panas itu terasa lebih nikmat.

 

Selain mampu menyembuhan keputihan, halia juga bagus untuk kesihatan tubuh badan kita.

 

 

  1. petua hilangkan keputihan

    kredit foto: momjunction

    Jus Delima

Jus delima dapat membantu mengatasi keputihan dengan cara semulajadi.Jus delima mengandungi beberapa nutrisi yang penting termasuklah meningkatkan keseimbangan hormon serta mencegah perkembangan bakteria dan virus.

 

Jus delima juga berupaya membunuh semua bakteria jahat yang membiak dalam vagina. Sebaiknya minum jus delima ini sekali sehari.

 

 

LIKE & SHARE MAMANET