5 SEBAB MENGAPA PELUKAN SUAMI ITU PENTING BUAT ISTERI

Rasanya ada ramai para suami yang terlupa bahawa wanita yang bergelar isteri ini memerlukan perkara-perkara yang romantis seperti pelukan suami!

Mungkin disebabkan terlalu sibuk dengan tuntutan kerja, stress dan banyak lagi faktor yang membuatkan suami terlupa atau jarang memeluk isteri.

Alangkah beruntungnya jika anda mempunyai suami yang kekal romantik walaupun sudah bertahun melayari kehidupan berumahtangga.

Selain untuk menunjukkan perasaan kasih, sayang dan cinta pada pasangan serta membuat ikatan perkahwinan menjadi lebih harmoni, ada 5 sebab atau alasan lain mengapa pelukan suami begitu didambakan oleh isteri.

Bagi anda (kaum suami) yang kurang romantik selepas membaca artikel ini disarankan selalu-selalulah memeluk isteri. Paling kurang, sekali sehari!

pelukan suami

BACA: TRIK GODA SUAMI DENGAN BAJU TIDUR SEKSI

LIKE & SHARE MAMANET

BERIKUT ADALAH ANTARA SEBAB PELUKAN SUAMI ITU PENTING:

  1. MENINGKATKAN KEROMANTISAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Bagi lelaki bergelar suami yang kurang mempunyai sifat-sifat romantik dalam diri, boleh cuba mempraktik cara ini. Memadai dengan memeluk isteri ketika hendak ke tempat kerja, balik kerja ataupun sebelum tidur.

Ia tentu sahaja membuatkan hubungan dengan isteri jadi semakin romantik. Bahkan dipercayai dapat meredakan segala macam masalah yang berlaku di dalam rumahtangga.

Di samping itu juga, memeluk juga boleh mengundang ciuman. Melalui ciuman tersebut ia boleh membawa kepada momen yang lebih intim. Satu pelukan sehari dapat meningkatkan kemesraan dalam sebuah rumahtangga dan membawa kehidupan seks yang lebih mantap.

pelukan suami

  1. MEMBUATKAN ISTERI BERASA SEKSI!

Apa kena mengena pelukan suami dan seksi? Sebenarnya sebuah pelukan mampu membuatkan seorang wanita itu berasa seksi.

Kebanyakan isteri menyukai pelukan suami dari belakang atau dari depan. Kedua-dua pelukan ini dapat meningkatkan keyakinan diri seorang wanita.

Di samping itu ianya juga mengundang kemunculan hormon dopamine yang berupaya meningkatkan ghairah seksual.

pelukan suami

  1. LEBIH SIHAT DAN BAHAGIA

Sebuah pelukan dikatakan dapat memperkuatkan daya ketahanan badan. Apabila kelenjar timus terangsang, (kelenjar yang berfungsi menyeimbangkan produksi sel-sel darah putih dalam badan) sehingga membuatkan badan kita menjadi lebih sihat dan bebas dari penyakit.

Manakala badan dengan kadar dopamine yang rendah boleh menyebabkan gangguan mood dan penyakit  neurodegenerative parkinson.

Bagi mendapatkan badan yang tidak terganggu mood atau despresi, diperlukan kadar dopamine yang baik.

Salah satu cara untuk merangsang dopamine adalah dengan berpelukan.

Bermakna satu pelukan suami sudah boleh untuk menstimulasi otak bagi melepaskan dopamine dalam badan sehingga membuatkan isteri berasa lebih bahagia.

 pelukan suami

  1. MENGURANGKAN STRES

Pelukan dikatakan dapat menghasilkan hormon oxytocin dalam badan sehingga dapat meredakan otot-otot yang tegang dan membuatkan rasa stres menghilang.

Bermakna pelukan suami kepada isteri mampu mengurangkan jumlah hormon stres kortisol yang dikeluarkan dalam badan. Hormon kortisol merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk stres, tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung

pelukan suami

  1. MEREDAKAN EMOSI

Tidak dinafikan banyak ranjau duri yang perlu ditempuh dalam kehidupan berumahtangga ini. Namun, dengan satu pelukan sahaja mampu meluluhkan hati wanita.

Pelukan sama seperti sebuah meditasi dan ketawa. Pelukan, meditasi dan juga ketawa mengajar melepaskan yang sepatutnya dilepaskan dan fokus pada masa yang sedang dilalui.

Pelukan memberikan sebuah energi untuk berfikir secara terstruktur dan menghubungkan fikiran tersebut dengan hati dan pernafasan.

Para suami, jangan ragu-ragu untuk memberikan pelukan yang paling hangat. Pelukan dapat menurunkan energi negatif dan membangkitkan energi positif.

Semakin kerap pasangan suami isteri berpelukan, semakin kuat kasih, sayang dan cinta terbina. Ketika isteri menerima pelukan suami, hormon oxytocin akan dilepaskan sehingga membuatkan isteri berasa lebih selesa, tenang dan juga bahagia.

pelukan suami

Ternyata tidak sukar untuk membahagiakan hati isteri, satu pelukan suami walaupun hanya seketika sudah cukup untuk membuatkan hatinya jadi berbunga-bunga! Jadi, jangan ragu untuk memberikan pelukan kepada pasangan hidup anda setiap hari.