5 SOLUSI ATASI STRESS KETIKA MENGANDUNG

STRESS KETIKA MENGANDUNG ADALAH MASALAH YANG PALING ‘WIN’ DIALAMI OLEH IBU MENGANDUNG. TAK KIRALAH PADA TRISMESTER AWAL, TENGAH MAHUPUN AKHIR. PASTI ADA SAHAJA DUGAAN YANG MENDATANGI!

 

Sungguhpun begitu sebagai ibu mengandung, kita perlu kuat dan tabah mengharungi apa sahaja cabaran. Lagipun stress ketika mengandung ini tidak bagus dan boleh mempengaruhi kesihatan bayi.  Bahkan masalah ini boleh menjadi salah satu penyebab keguguran!

 

Jadi, jangan pandang ringan dengan stress yang dialami ketika mengandung. Sebaiknya proses kehamilan ini menjadi momen kebahagiaan dalam hidup kita dan pasangan.

stress ketika mengandung

 

BERIKUT BEBERAPA CARA MENGATASI STRESS KETIKA MENGANDUNG YANG BOLEH DILAKUKAN:

 

  1. FAHAMI MASALAH SEBENAR

Cara pertama yang harus dilakukan adalah mengenalpasti terlebih dahulu masalah-masalah yang telah membuatkan kita stress. Setelah mengetahui penyebabnya mak akan jadi lebih senang untuk kita menemukan solusinya.

stress ketika mengandung

  1. CARI SOLUSI SETIAP PERMASALAHAN

Setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi, kita perlu mencari pula solusi yang tepat untuk mengatasinya.

stress ketika mengandung

  1. JANGAN PENDAM RASA SENDIRIAN

Masalah yang kita tanggung atau stress ketika mengandung yang terpaksa kita tempuhi ini akan terasa lebih ringan apabila kita dapat melepaskan rasa hati itu kepada seseorang yang boleh dipercayai.

 

Sudah pasti ia akan membawa getaran positif dalam hidup kita dan membantu kita mengawal stress sepanjang tempoh kehamilan.

stress ketika mengandung

 

 

  1. BUAT APA YANG KITA SUKAI

Ketika kita melakukan sesuatu yang kita sukai, secara tak langsung ia akan mampu meringankan segala beban yang menekan fikiran kita.

 

Di samping itu, pastikan kita mendapat tidur serta istirahat yang mencukupi supaya badan dan fikiran kita menjadi lebih tenang.

 

Kurang tidur boleh menyebabkan stress kerana hormon stress seperti hormon cortisol semakin meningkat pada ketika badan kurang istirahat. Jadi, sebab itulah orang yang kurang tidur biasanya lebih suka marah dan beremosi.

stress ketika mengandung

  1. DEKATKAN DIRI KEPADA YANG MAHA KUASA

Curahkan isi hati kita kepada-Nya, kerana DIA-lah tempat kita mengadu dan mampu memberikan kita jalan yang terbaik untuk ditempuhi.

 

Hati kita akan terasa lebih lapang dan ringan untuk menjalani kehidupan apabila kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada Yang Maha Kuasa.

 

Itulah beberapa cara mengatasi stress ketika mengandung. Jangan sesekali kita lari dari masalah, kerana semakin kita menjauhi atau cuba lari daripanya, stress tersebut bukannya menghilang. Bahkan akan jadi semakin parah!

stress ketika mengandung

 

Selesaikan permasalahan sebaiknya supaya stress ketika mengandung yang dihadapi segera berlalu dan kita boleh menjalani kehidupan  dengan lebih baik lagi.

 

Jika kita selalu berasa bahagia dan berfikiran positif, maka kita dan bayi dalam kandungan  juga akan tetap sihat dan membesar dengan baik.