5 SOLUSI ELAK MASALAH KETIAK BUSUK MENYENGAT

MASALAH BAU BADAN ATAUPUN KETIAK BUSUK BUKAN HANYA TERJADI PADA LELAKI SAHAJA. TERNYATA KAUM WANITA JUGA SERING MENGALAMI MASALAH TERSEBUT.

 

Bau ketiak atau ketiak busuk adalah masalah klasik buat wanita. Masalah ini biasanya timbul disebabkan hasil metabolisme peluh oleh ‘microorganism’ di kulit.

 

Manakala penyebab bau ketiak atau ketiak busuk adalah disebabkan bakteria semulajadi pada kulit telah memecah protein dalam peluh sehingga menjadi asid.

 

Kedua jenis asid iaitu  ‘propionat’ dan ‘proponat’ yang memiliki bau masam seperti cuka inilah yang melepaskan bau ketiak busuk.

ketiak busuk

5 SOLUSI HILANGKAN BAU KETIAK BUSUK  MENYENGAT

 

  1. JAGA KEBERSIHAN

Cara untuk bau ketiak yang kurang menyenangkan atau ketiak busuk yang paling murah dan efektif adalah dengan menjaga kebersihan  tubuh badan seperti mandi secara teratur dua kali sehari.

 

Malas atau jarang mandi serta memakai pakaian yang tebal ketika cuaca panas boleh membuatkan bakteria yang terdapat pada peluh semakain memecah protein sehingga menimbulkan bau badan.

ketiak busuk

 

  1. CABUT ATAU CUKUR BULU KETIAK

Pastikan kawasan ketika tetap bersih. Rajin mencabut atau mencukur bulu ketiak boleh mengurangkan baunya yang menyengat.

 

Ini adalah kerana bulu yang tumbuh di kawasan ketiak  boleh memerangkap peluh sehingga menyebabkan ketiak berbau dan bakteria merebak.

ketiak busuk

 

  1. KAWAL BERAT BADAN & JAGA PEMAKANAN

Jika kita mengalami masalah berat badan yang berlebihan, kita lebih cenderung mengalami masalah ketiak busuk.

 

Berat badan yang berlebihan boleh mengundang pengeluaran peluh yang berlebihan. Sekiranya kita telah berjaya menurunkan sedikit berat badan, sebaiknya kita lebihkan pengambilan serat dan elakkan makanan berempah atau beraroma tajam (bersifat asid) terutama masa datang period.

 

Ia akan menolong membuang endapan racun dari tubuh. Di samping itu, kita perlu juga seimbangkan gaya pemakanan kita dengan pengambilan sayuran hijau dan buah-buahan segar yang bersifat alkali.

 

Pilih yang mengandungi vitamin dan mineral yang dapat menghapuskan bakteria penyebab bau yang tidak menyenangkan di mulut, badan dan juga ketiak.

ketiak busuk

 

  1. PAKAI ANTI PERSPIRANT

Memakai anti perspirant adalah  salah satu cara untuk mengatasi masalah bau ketiak busuk. Jadi, sebelum memulakan aktiviti pakailah deodorant.

 

Pastikan kita memilih anti perspirant yang mengandungi bahan aktif terutama zat aluminium yang dapat menyekat pengeluaran peluh.

 

Di samping itu, sekarang ini telah banyak produk deodorant yang merangkap anti perspirant. Jadi, pandai-pandailah pilih ya.

ketiak busuk

 

  1. LEMON DAN LIMAU NIPIS

 

Salah satu khasiat lemon dan limau nipis ialah boleh menurunkan pengeluaran peluh, menghilangkan bau badan, sekaligus menyelesaikan ketiak busuk serta mencerahan ketiak hitam.

 

Caranya mudah sahaja, kita hanya perlu menggosok lemon atau limau nipis pada ketiak sewaktu kita mandi. Sebaiknya lakukan seminggu sekali secara rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

ketiak busuk

 

Demikianlah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau ketiak busuk dengan cepat. Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua, dan jangan lupa share ya!