5 TIPS PAKAI MASKARA SUPAYA TAHAN LAMA DAN TIDAK COMOT

MATA KITA AKAN NAMPAK LEBIH HIDUP DAN CANTIK APABILA MEMAKAI MASKARA. DIKONGSIKAN 5 TIPS PAKAI MASKARA SUPAYA IA TIDAK MUDAH LUNTUR  DAN MENINGGALKAN KESAN-KESAN KOTOR KEHITAMAN DI SEKITAR BAWAH MATA YANG AKAN MENCACATKAN PENAMPILAN KITA.

 

Pemakaian maskara dengan cara yang salah boleh membuatkan penampilan kita menjadi tidak sempurna dan mata akan kelihatan comot semacam, terutama bagi yang belum biasa memakainya.

 

Teknik memakai atau mengaplikasikan maskara perlu dilakukan dengan cara yang tepat supaya tahan lama dan tidak luntur.

 

Sekalipun kita memilih maskara daripada jenis waterproof (tahan-air), namun ini tidak bermakna ia tidak luntur ketika terkena air, wajah yang berminyak dan dibasahi peluh. Biasanya setiap produk kosmetik tidak tahan lama.

 

Maskara cenderung cepat luntur dan meninggalkan kesan-kesan kotor kehitaman di sekitar bawah mata. Keadaan ini akan mencacatkan penampilan kita. Jadi, apakah cara terbaik untuk mencegahna daripada luntur atau tahan lebih lama?

tips pakai maskara

5 TIPS PAKAI MASKARA UNTUK MECEGAH MASKARA AGAR TIDAK MUDAH LUNTUR

 

  1. APLIKASIKAN MASKARA SELEPAS PAKAI FOUNDATION

Gunakan maskara setelah foundation menyerap secara merata pada wajah. Ini adalah kerana formula yang terkandung pada foundation bersifat cair.

 

Jika maskara dipakai tanpa menunggu foundation kering, boleh mengakibatkan gumpalan dan cenderung mudah luntur beberapa jam selepas itu.

 

Maskara ‘water-resistant’ lebih bagus daripada ‘mascara water-proof’ kerana teksturnya yang kurang keras.

 

Kalau nak tahu  sejauhmana maskara tersebut terbaik ataupun tidak, cuba uji maskara di bawah shower. Jika maskara bertahan dan tidak luntur, bermakna ia adalah maskara yang bagus.

tips pakai maskara

 

  1. TABUR BEDAK

Supaya maskara yang dipakai tidak mudah luntur, pastikan bahagian mata kita tidak terlalu berair atau berminyak. Untuk mencegahnya, kita boleh tabur bedak di sekitar mata sebelum memakai maskara.

tips pakai maskara

 

  1. KULIT MUKA KERING

Masa paling elok kita memakai maskara ialah ketika ke semua solekan mata  kita selesai diaplikasikan dan kering.

tips pakai maskara

 

  1. TEKNIK BETUL PAKAI MASKARA

Tips pakai maskara yang seterusnya, setiap kali mengaplikasi maskara, jangan mengoncangnya dengan menggerakkan berus turun naik kerana ia akan membuatkan udara masuk ke dalam botol maskara.

 

Selain menyebabkan maskara tersebut menjadi kering, udara tersebut juga akan membuatkan bakteria membiak dengan cepat di dalamnya.

 

Memadai mencelupnya di dalam botol sebelum mengoleskannya. Kemudian lakukan gerakan zig-zag, mulakan dari pangkal bulu mata hingga ke hujungnya.

 

Sapukan ketika maskara dalam keadaan basah dan tunggu lima minit sebelum mengedipkan mata supaya tidak luntur.

 

Untuk menyerlahkan garisan mata, oleskan maskara pada bulu mata bahagian atas. Jika mahu, oles  pada bulu mata bahagian bawah kerana ia akan memberikan kesan mata yang lebih besar atau galak.

 

Gunakan penyepit bulu mata sebelum menyapu maskara  bagi mengelakkan bulu mata bergumpal dan rosak.

tips pakai maskara

 

Maskara yang bergumpal boleh dibersihkan secara perlahan-lahan dengan cotton bud. Selain itu, jika ada bulu mata yang saling melekat dan maskara bergumpal, gunakan sikat bulu mata yang bersih untuk menyikatnya. Setelah itu gunakan tisu untuk menghilangkan kelebihan maskara serta mengotori kawan di sekeliling mata.

tips pakai maskara

 

Itulah beberapa tips pakai maskara. Semoga ia dapat membantu mengatasi masalah maskara comot dan mudah luntur.

 

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Facebook

Anda Pasti Ingin Tahu Tentang 10 Mekap Wajib Ada Untuk Newbie

LIKE & SHARE MAMANET