5 TRIK PERCUTIAN MURAH CUTI SEKOLAH YANG MENYERONOKKAN

SEANDAINYA KITA TIDAK MEMPUNYAI BANYAK DUIT, BUKAN BERMAKNA KITA DAN KELUARGA TIDAK BOLEH BERCUTI SAMA SEKALI. PERCUTIAN MURAH PADA MUSIM CUTI SEKOLAH TETAP BOLEH KITA NIKMATI DENGAN BAJET TERHAD!

 

BERIKUT 5 TIP PERCUTIAN MURAH YANG BOLEH DICUBA:

  1. PERCUTIAN SATU HARI (ONE DAY TRIP)

Jika kita tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk bercuti jauh ataupun ke luar negara, jangan bersedih ok. Apatah lagi apabila melihat kawan-kawan syok bercuti bersama keluarga di luar negara.

 

Kita masih boleh bercuti dengan menghabiskan masa sehari suntuk bersama keluarga tersayang di tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri kita sendiri.

 

Percutian murah satu hari ini tetap menyeronokkan dan menyegarkan kembali fikiran.Selain mempunyai waktu bercuti yang cukup banyak bersama keluarga, kita pun dapat menjimatkan duit untuk tiket kapal terbang dan penginapan.

percutian murah

 

  1. KONSEP ‘TONG-TONG’

Untuk lebih menjimatan belanja, ada baiknya percutian tersebut dilakukan dengan kawan-kawan, saudara mara ataupun jiran. Jadi, bercuti secara rombongan ini kita bolehlah ‘tong-tong’ perbelanjaan seperti tempat pengiapan, pengangkutan ataupun makan.

Cara ini boleh menjimatkan pengeluaran jika dibandingkan bercuti sendiri-sendiri.

percutian murah

 

3. TENTUKAN LOKASI  DAN SELALU SEMAK PROMO ATAU DISKAUN

Ingin bercuti jauh sikit, tetapi mahu percutian murah? Jadi, pilihlah bandar atau negara yang mempunyai kos hidup murah.

 

Mungkin kita boleh pergi ke Bangkok ataupun Bandung. Di samping itu, semaklah tiket kapal terbang secara berkala. Biasanya syarikat penerbangan ada yang melakukan promo tiket-tiket murah pada masa-masa tertentu.

 

Kita kenalah rajin melihat tiket-tiket promo tersebut sehinggalah kita dapat tiket penerbangan yang sesuai dengan bajet kita. Jangan terlepas MATTA FAIR!

percutian murah

 

  1. GUNA APLIKASI ONLINE

Kita boleh mendapat tempat penginapan dengan harga yang lebih murah apabila menggunakan aplikasi seperti Agoda, Trivago,Traveloka dan lain-lain.

 

Aplikasi sebegini memudahkan kita untuk membandingkan harga penginapan. Jadi, carilah harga yang kita rasakan bertepatan dengan bajet kita.

 

Selain itu, jika kurang bajet lupakan sama sekali untuk menginap di hotel lima bintang dan sebagainya. Pilihlah tempat tinggal yang murah dan selesa.

 

Keselesaan juga perlu kita utamakan. Jadi, sebelum menyewa, baca dulu testimoni ataupun review daripada orang lain.

 

Satu lagi cara untuk lebih jimat, jika kita mempunyai saudara mara ataupun sahabat handai yang memang tidak kisah, mungkin kita boleh menumpang di rumahnya. Secara tidak langsung, kita berjaya menjimatkan perbelanjaan percutian kita.

percutian murah

 

  1. LAKUKAN PERJALANAN MALAM

Dengan melakukan perjalanan pada malam hari, kita boleh tidur di dalam kenderaan, sekaligus sudah dapat menjimatkan bayaran penginapan.

 

Cara ini sangat efektif diterapkan bagi perjalanan jauh yang memakan masa berjam-jam. Ramai yang buat cara ini misalnya rombongan ‘Cik Kiah’ ke Langkawi, Wang Kelian atau pun Pengkalan Kubur.

percutian murah

 

Itulah beberapa trik percutian murah yang boleh dipraktik. Selamat mencuba dan menikmati percutian tersebut.

BACA TIP INI DAPAT BANTU KITA PILIH PERCUTIAN KELUARGA YANG JIMAT!