6 Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Pantas

Cara Hilangkan Sakit KepalaCara hilangkan sakit kepala. Salah satunya dengan makan ubat. Namun, ada beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat yang boleh anda gunakan.

 

Sakit kepala boleh menyerang sesiapa sahaja, tanpa pilih bulu dan boleh terjadi ketika kita datang haid. Sebelum Mamanet mengulas lebih lanjut tentang cara hilangkan sakit kepala ini, anda perlu tahu beberapa faktor atau penyebab yang membuatkan anda mudah diserang sakit kepala.

 

Antara Faktor Atau Penyebab Sakit Kepala Yang Perlu Diketahui:

  • Kurang tidur
  • Masalah ekonomi
  • Permasalahan dalam hubungan seksual
  • Penat bekerja
  • Mata letih
  • Terdedah pada sinaran matahari yang terlalu lama
  • Pengambilan kopi yang berlebihan
  • Mengikat rambut/tudung/hijab terlalu ketat
  • Aroma minyak wangi yang terlalu menyengat
  • Nikotin yang berasal dari rokok

 

Berikut beberapa cara hilangkan sakit kepala  dengan cepat dan cukup mudah untuk anda praktikan.

 

  1. Jangan Pandang Cahaya TerangCara Hilangkan Sakit Kepala

Ketika sedang sakit kepala ada baiknya berada di tempat gelap. Hindari cahaya-cahaya terang seperti sinaran cahaya matahari, cahaya dari lampu kereta dan sebagainya.
Cahaya terang akan memburukkan lagi keadaan sakit kepala yang dialami. Ini adalah kerana cahaya terang tersebut akan menyebabkan saraf anda menjadi semakin tegang dan kaki. Malahan cahaya terang juga akan mengakibatkan gangguan penglihatan mata anda.

 

  1. Guna Ais BatuCara Hilangkan Sakit Kepala

Cara hilangkan sakit kepala dengan menggunakan ais adalah sangat berkesan. Ais batu yang sejuk boleh mengatasi sakit kepala anda dengan cepat. Cubalah mengosok-gosokan ais batu secara perlahan-lahan pada bahagian kening, sisi tepi kepala, bahagian belakang kepala serta tenguk. Insya-Allah, sakit kepala anda akan reda dengan pantas.

 

 

  1. Makan PisangCara Hilangkan Sakit Kepala

Dalam buah pisang terdapat potassium dan magnesium yang cukup tinggi. Kedua zat ini dikatakan cukup efektif untuk menghllangkan sakit kepala jenis migraine.

Sekiranya dan mengalami sakit kepala sebelah, cubalah makan buah pisang secara rutin pada setiap hari.

 

BACA INI

 

  1. Buah TembikaiCara Hilangkan Sakit Kepala

Buah yang segar dan kaya dengan air megandungi kalium yang cukup tinggi. Kalium bukan sahaja dapat berfungsi dengan baik untuk sistem perjalanan darah, malahan ia juga berkesan untuk mengubati sakit kepala.

 

 

Cara hilangkan sakit kepala dengan menikmati buah tembikai merah atau kuning wajar dicuba. Namun, usahakan untuk menikmati buah tembikai ini hingga ke panggal isinya yang berwarna putih itu. Pada bahagian itulah mengandungi kalium yang cukup tinggi.

 

 

  1. Hindari GajetCara Hilangkan Sakit Kepala

Ketika sedang berperang dengan sakit kepala, ada baiknya anda menghentikan segala  aktiviti yang ada kaitan dengan peralatan gajet ini. Tak kiralah komputer, laptop mahupun telefon bimbit.

 

Terlalu lama mengadap, misalnya komputer cukup memenatkan dan boleh mengundang ketegangan pada mata sehinga terjadinya sakit kepala. Di samping itu, otot leher juga boleh menjadi kaku. Jadi, biasakan diri untuk berehat seketika setiap sejam atau dua jam sekali.

 

 

  1. Urut KepalaCara Hilangkan Sakit Kepala

Cara hilangkan sakit kepala yang boleh anda cuba ialah dengan mengurut kepala yang sedang sakit dan sekitar leher belakang. Lakukan urutan lembut selama 1—15 saat, kemudian biarkan, dan ulangi langkah tersebut sehingga sakit tersebut hilang.

 

Jika ada, gunakan minyak urut, minyak kayu putih atau minyak yang beraroma peppermint. Dengan melakukan urutan di kepala, ketegangan di otot kepala boleh dikurangkan dan perjalanan darah dapat meningkat sehingga menjadi lebih baik.

 

Leave a Reply