Patuhi 6 Cara Mencegah Penyakit Kencing Manis Sebelum Terlambat

cara mencegah penyakit kencing manis

Kredit: healthcare25

Cara mencegah penyakit kencing manis amat perlu diketahui oleh kita semua. Penyakit kencing manis boleh menyerang sesiapa sahaja. Tak kira, tua, muda mahupun anak-anak remaja. Selain disebabkan faktor keturunan penyakit ini juga boleh disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.

 

 

Penyakit ini boleh dihindari jika kita tahu cara mencegah penyakit kencing manis dan mempraktik langkah tersebut.

Berikut adalah 7 cara mencegah penyakit kencing manis:

 

  1. Kenalpasti Sejarah Kesihatan Keluarga

Kita lebih mudah terkena penyakit kencing manis di kemudian hari jika di dalam kerluarga terdapat satu atau lebih ahli keluarga yang menderita penyakit ini.

 

 

  1. Bersenam Secara Teratur
    cara mencegah penyakit kencing manis

    Kredit: prlog

Bersenam pada setiap hari juga merupakan salah satu cara mencegah penyakit kencing manis. Bersenam membantu kita menjaga berat badan yang sihat dan ideal, dapat menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan sensitiviti kita terhadap insulin.

 

Jadi, bersenamlah pada setiap hari, paling kurang 30 minit untuk menjaga tahap gula darah dalam paras yang normal.

 

 

  1. Pentingnya Bersarapan Pagi!

Sekalipun kita tidak suka bersarapan pagi  ataupun punya pelbagai alasan yang membuatkan kita menolak untuk menikmatinya, namun pengambilan sarapan pagi ini sangat penting. Ia dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis.

 

 

  1. Hindari Pengambilan Makanan Berlemak Dan Manis-Manis

Makanan segera atau ‘jajan’ mengandungi lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat di tubuh. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan paras gula dalam tubuh.

 

Selain itu, minuman ringan, berkarbonat ataupun berperisa boleh meningkatkan risiko terkena penyakit kencing manis. Semua minuman yang mengandungi pemanis merupakan sumber gula yang tidak nampak, yang boleh meningkatkan kadar gula darah kita.

 

Cara untuk mencegah penyakit kencing manis yang baik adalah dengan menghindari makanan berlemak dan manis-manis sebolehnya dan mulakanlah sekarang!

 

  1. Perbanyakkan Pengambilan Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan
    cara mencegah penyakit kencing manis

    Kredit: media-cache

 

Menghindari makanan dan minum yang banyak mengandungi gula tidak mencukupi. Jadi, kita kena makan banyak sayur-sayuran bagi membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh kita.

 

Ada beberapa jenis sayur dan juga buah-buahan yang mampu memberikan efek yang bagus sebagai salah satu cara mencegah penyakit kencing manis. Antaranya, lobak merah yang kaya dengan beta karoten dan juga tomato. Buah tomato mengandungi lycopene yang cukup bagus untuk kesihatan tubuh.

 

Manggis,jambu batu dan avokado merupakan antara buah-buahan yang bagus untuk mencegah penyakit kencing manis. Buah manggis kaya dengan antioksidan dan kulitnya juga merupakan penawar untuk mencegah diabetis.

 

Rebus kulit manggis yang sudah dicuci bersih sehingga mendidih. Kemudian minumlah air rebusan itu pada setiap hari. Air rebusan kulit manggis juga dikatakan bukan sahaja boleh menyembuhkan penyakit kencing manis, malah kanser dan obesiti.

 

 

  1. Hindari Stress

Ketika kita stress, tubuh akan mengeluarkan hormone stress kortisol. Hormon ini akan meningkatkan denyutan jantung serta mengirimkan glukos ke dalam darah untuk diubah menjadi energi untuk otot.

 

Stress juga boleh membuatkan selera kita jadi meluap-luap, yang mana akhirnya boleh menyebabkan kegemukkan yang berisiko penyakit kencing manis.

 

 

Itulah antara cara mencegah penyakit kencing manis. Semoga selepas ini kita boleh menerapkan gaya hidup sihat yang boleh meminimumkan risiko terkena penyakit tersebut.

 

kLIK & LIKE MAMANET