DATANG HAID, 6 CARA PALING EFEKTIF MENGATASI BAD MOOD

Ketika datang haid atau PMS (premenstrual sundrome), emosi kita seringkali tidak terkawal disebabkan perubahan hormon. Time inilah kita tiba jadi cepat melenting, terlebih sensitif, stres dan sebagainya.

Selain terpaksa menanggung emosi yang tidak stabil, kita juga bakal mengalami perubahan pada beberapa bahagian tubuh.

Ada di antara kita yang merasakan payudara menjadi lebih besar,tegang, bengkak atau berasa lebih gemuk. Ada juga yang mengalami sakit yang tak terkata pada perut, pinggang, lenguh kaki dan sebagainya.Gejala PMS memang sukar untuk dihindari, tetapi masih boleh di atasi.

Makanan sihat perlu diambil setiap hari supaya tubuh kita tetap fit dan terhindar dari penyakit. Begitu juga ketika kita datang haid.

Ketika datang haid, semuanya pasti berubah dan tidak berjalan seperti biasa. Segalanya penuh emosi.Kita seolah-olah bukan menjadi diri kita sendiri.

Adakalanya kita pun kesal dengan diri sendiri, pembawakkan mood kita yang tidak menentu itu.Ternyata pengambilan makanan sihat bagus untuk mengatasi masalah tersebut.

datang haid

BERIKUT 6 JENIS MAKANAN YANG CUKUP EFEKTIF UNTUK MEREDAKAN BAD MOOD KETIKA DATANG HAID:

 

  1. DAGING MERAH

Pengambilan daging merah dikatakan mampu menggantikan jumlah zat besi yang banyak hilang ketika haid.

Selain itu, daging merah juga dapat membantu pengaliran darah ketika haid sehingga baik untuk tubuh.Ini adalah kerana daging merah mengandungi sumber thiamine dan riboflavin yang baik.

Kedua-duanya merupakan jenis-jenis vitamin B yang memainkan peranan dalam pembentukan bahan kimia otak yang mempengaruhi PMS.

datang haid

  1. BUAH-BUAHAN SEGAR

Biarpun bukan ketika datang haid sekalipun khasiat buah-buahan segar tetap bagus untuk tubuh bagi menguatkan daya ketahanan badan.

Bagi yang sedang datang haid, khasiat buah-buahan segar ini turut dapat membantu melancarkan sistem penghadaman serta mengurangkan rasa sebu perut ketika darah haid keluar dengan banyak.

datang haid

  1. SAYUR-SAYURAN HIJAU

Sayuran-sayuran hijau banyak mengandungi zat besi dan vitamin B yang banyak serat mampu mencegah masalah penghadaman.

Antara sayu-sayuran terbaik sebagai pengendali gejala PMS ini adalah sayuran yang mengandungi sedikit karbohidrat seperti bayam, kubis dan sawi.

 

datang haid

  1. ASID LEMAK OMEGA-3

Ikan salmon dan tuna banyak mengandungi asid lemak Omega-3. Pengambilan makanan yang mengandungi Omega-3 sepanjang kedatangan haid dapat merelakskan otot-otot badan.

Di samping itu, ia juga mampu membantu menstabilkan pengeluaran hormon prostaglandin yang boleh mengurangkan pembengkakan pada tubuh, perut kembung serta dapat melancarkan lagi haid.

datang haid

  1. AIR MASAK

Pengambilan air masak yang banyak ketika haid dapat membantu melancarkan lagi pengaliran darah  serta menormalkan kitaran haid kita yang mungkin tidak teratur sebelum ini.

Selain itu, air masak juga akan meningkatkan metabolisme tubuh sehingga dapat mengurangkan hormon negatif yang menjadi penyebab bad mood.

datang haid

  1. KACANG-KACANGAN

Selain mampu menambah energi, kacang-kacangan juga baik untuk menjaga keseimbangan badan yang kurang fit ketika period.

Selain kacang almond, kacang hijau dan kacang soya juga kaya dengan magnesium. Zat ini dapat mengurangkan kelebihan air yang membuatkan payudara kita membengkak dan berat badan naik seketika.

datang haid

Magnesium ini juga membantu mengatur aktiviti serotonin, hormone yang mempengaruhi suasana hati yang tidak menentu ketika datang haid.