6 JENIS MAKANAN PANTANG DIMAKAN KETIKA DIET

JIKA ANDA SEDANG MENJALANI PROSES DIET, ADA BEBERAPA JENIS MAKANAN PANTANG DIMAKAN YANG PERLU DIKETAHUI BAGI MENCAPAI HASRAT ANDA UNTUK KURUS!

 

Sewaktu berdiet kita sememangnya perlu memilih makanan yang tidak boleh menggagalkan diet kita. Kita kena ingat, bukan semua jenis makanan yang kita makan itu bagus untuk diet.

 

Jenis makanan pantang yang paling perlu kita hindari ialah makanan yang mempunyai kalori  tinggi dan mengandungi lemak yang tinggi.

 

Lagipun makanan pantang untuk kurus ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan. Malahan kebanyakannya tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang kita apabila diambil secara berterusan dalam tempoh lama.

makanan pantang

 

BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN PANTANG DIMAKAN SEPANJANG KITA MENJALANI PROSES DIET:

 

  1. NASI PUTIH

Nasi putih perlu kita elakkan kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kadar gula kita meningkat.

 

Jika mahu menikmati nasi, pililah. Kalau kita sedang berdiet lebih elok jika kita menggantikan nasi putih dengan beras perang atau bijirin gandum.

makanan pantang

  1. MAKANAN BERLEMAK

Makanan berlemak adalah jenis makanan pantang untuk diet yang perlu kita jauhi daripada menu harian. Saturated fat dan lemak trans merupakan lemak jahat yang jika diambil secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung disebabkan peningkatan kadar kolesterol jahat.

Makaroni keju,ais krim,kuning telur dan seafood adalah antara makanan yang berlemak jahat dan perlu kita hindari.

makanan pantang

 

  1. MAKANAN BERGORENG

Selain makanan berlemak tinggi, makanan bergoreng juga perlu kita jauhi ketika berdiet. Kandungan lemak tepu yang tinggi menyebabkan penimbunan kadar lemak dalam badan.

 

Selain mengandungi lemak, makanan bergoreng juga mengandungi kalori yang cukup tinggi sehingga meningkatkan lagi kolesterol dalam badan. Jadi, adalah lebih baik jika kita menikmati makanan yang diolah secara panggang, rebus ataupun dikukus.

makanan pantang

 

  1. MAKANAN SEGERA/RINGAN/KUDAPAN

Makanan segera, ringan ataupun kudapan biasanya mengandungi kalori dan sodium yang tinggi. Kandungan sodium atau garam yang tinggi akan membuatkan nafsu makan kita bertambah dan sudah pasti akan menambahkan lagi berat badan kita.

 

Manakala makanan segera yang boleh membuatkan kita jadi bertambah gemuk, antaranya hotdog, burger, pizza dan kentang goreng.

makanan pantang

 

  1. MINUMAN BERKARBONAT DAN MENGANDUNGI PEMANIS

Miuman berkarbonat serta mengandungi pemanis sangat tinggi kandungan gulanya. Kandungan gula yang tinggi boleh bukan sahaja membuatkan kita gemuk jika diambil secara berterusan.

 

Minuman tersebut memang segar di mulut, namun ia bukan sahaja boleh menggagalkan diet kita tetapi juga boleh menyebabkan kita terkena penyakit diabetis.

 

Di samping itu minuman sachet yang manis atau berenergi juga harus kita hindari. Kandungan gula dan kafein yang tinggi akan membahayakan kesihatan kita.

makanan pantang

 

  1. MEE SEGERA

Mee segera biasanya mengandungi karbohidrat tinggi tetapi rendah nutrisi.

 

Ketika dalam proses pembuatan, mee segera mempunyai bentuk yang sangat panjang dan kemudiannya dilipat. Setelah itu digoreng, kemudian dikeringkan di dalam ketuhar panas.

 

Proses ini akan membuatkan mee tersebut mengandungi lemak tinggi. Selain daripada mempunyai kandungan lemak yang tinggi, ada banyak lagi alasan lain seperti bahan pengawet yang membuatkan mee segera  ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

makanan pantang

 

Itulah beberapa jenis makanan pantang yang wajib kita hindari ketika berdiet.Semoga kita sama-sama berjaya menurunkan berat badan!

 

BACA 9 TIP KURUS CEPAT DALAM MASA 30 HARI

DAPATKAN RESEPI SARAPAN RINGKAS DAN SIHAT