6 MAKANAN KAYA ZAT BESI YANG PERLU DIKETAHUI  UNTUK CEGAH ANEMIA

JANGAN BUAT TAK KISAH DENGAN KEPENTINGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI INI. KEKURANGAN ZAT BESI MENGUNDANG SALAH SATU MASALAH KESIHATAN YANG SERINGKALI TIDAK KITA SEDARI!

 

Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan hemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh badan, selain menyokong pertumbuhan otot massa.

 

Ini adalah kerana kekurangan zat besi biasanya menyerupai dengan gejala masalah kesihatan lain, seperti sakit kepala ataupun keletihan. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan haemoglobin, iaitu sebuah protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh.

 

Biasanya kaum wanita lebih berisiko mengalami kekurangan zat besi jika dibandingkan dengan lelaki. Keadaan ini lebih berisiko terjadi jika kita mengalami pendarahan berlebihan ketika datang period ataupun ketika bersalin.

 

Antara tanda-tanda kekurangan zat besi mudah dikenali:

 

* Rasa penat dan sesak nafas.

* Muka nampak pucat.

* Denyutan jantung menjadi lebih cepat.

* Sering diserang sakit kepala.

* Kerap terkena infeksi.

* Lenguh badan.

* Kaki selalu kebas.

* Kuku mudah patah.

* Rambut rosak

 

Kekurangan zat besi boleh dilihat daripada beberapa tanda di atas, namun untuk memastikannya adalah lebih baik jika kita berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastiannya.

 

Di samping itu, pengambilan makanan yang mengandungi zat besi juga dapat membantu mencegah masalah anemia dan sebagainya.

 

MAKANAN KAYA ZAT BESI YANG TIDAK PATUT DIABAIKAN

 

  1. BAYAM

Sayur bayam termasuk dalam kategori makanan kaya zat besi. Bayam mengandungi banyak vitamin C yang boleh membuatkan badan kita menyerap lebih tubuh zat besi walaupun bayam termasuk dalam jenis zat besi ‘non-heme’ yang sukar diserap oleh tubuh.

 

Pengambilan sayuran hijau seperti bayam ini akan membuatkan tubuh lebih mudah menyerap carotenoid dan mencegah anemia.

 

Carotenoid merupakan antioksidan yang mampu mengurangkan inflamasi, mengurangan risiko kanser dan menjaga kesihatan mata.

Makanan Kaya Zat BesI

 

  1. BROKOLI

Selain bayam, brokoli juga merupakan sayuran yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.

 

Sayur brokoli bukan setakat mengandungi zat besi, tetapi turut mempunyai banyak nutrisi lain seperti serat, asid folik serta vitamin K.

Makanan Kaya Zat BesI

 

  1. HATI

Hati merupakan salah satu sumber zat besi iaitu jenis ‘heme’. Di dalam sepotong hati lembu dikatakan mengandungi 5 miligram zat besi.

 

Sungguhpun kaya dengan zat besi dan nutrisi lain yang baik seperti vitamin A dan C, namun hati mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Jadi, kita disarankan tidak mengambilnya secara berlebihan.

 

Sekiranya tidak menggemari hati, cubalah sumber zat besi ‘heme’ lain seperti kuning telur dan daging merah.

Makanan Kaya Zat BesI

 

  1. MAKANAN LAUT

Makanan laut seperti kerang, sotong dan tiram mengandungi zat besi yang tinggi termasuklah vitamin B12, kalsium, zinc dan aphrodisiac semulajadi.

 

Biarpun di dalam makanan laut seperti tiram ini terdapat racun atau merkuri, namun jumlahnya tidak setanding dengan kebaikan yang diperoleh apabila kita menikmatinya.

Makanan Kaya Zat Bes

 

  1. TOMATO

Biarpun di dalam 100 gram tomato hanya mengandungi sebanyak 3.39 miligram zat besi, tomato tinggi vitamin C sehingga boleh menjadi antioksidan untuk mengatasi kelemahan daya ketahanan badan.

Selain itu, tomato juga merupakan sumber antioksidan yang boleh melawan penuaan semulajadi dan penyakit.

Makanan Kaya Zat Bes

 

  1. KURMA DAN KISMIS

Kurma dan kismis termasuk dalam makanan yang banyak nutrisi yang diperlukan oleh tubuh seperti vitamin, serat dan mineral penting. Salah satunya juga zat besi.

 

Kita boleh menikmati buah kurma ini secara teratur untuk mengawal jumlah darah merah di badan kita. Begitu juga dengan kismis. Kita boleh menikmatinya pada setiap hari untuk meningkatkan kadar darah kita.

Makanan Kaya Zat Bes

 

Itulah antara makanan kaya zat besi  yang sangat baik untuk tubuh kita. Penyakit anemia boleh mengangu aktiviti harian kita jika tidak dikawal dengan baik.