6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

 

Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.

 

Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda.

makanan sedap

Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:

 

  1. Buah Delima

Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.

 

Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan kulit sehingga kita mampu memiliki kulit halus dan awet muda.

 

Buah delima berupaya memperpanjangkan umur fibroblast, sel-sel yang bertanggungjawab untuk penghasilan kolagen dan elastin.

makanan sedap

  1. Keluarga Beri

Makanan sedap seperti buah strawberry, blueberry, raspberry dan blackberry ini berupaya membantu mencegah atau memperlambatkan beberapa jenis kerosakan sel. Di samping itu, buah-buahan daripada keluarga berry ini juga bersifat antioksidan.

makanan sedap

 

  1. Buah Tembikai

Buah tembikai mengandungi phytochemical yang tinggi  menajdikan buah ini sebagai pelindung sinaran matahari bagi menangkis radiasi sinaran UV.

 

Buah tembikai bukan sahaja mengandungi banyak air, tetapi turut memiliki kandungan lycopene yang berfungsi sebagai antioksidan.

makanan sedap

 

  1. Avokado

Buah ini kaya dengan vitamin E , potassium, antioksidan dan asid folik yang mampu membantu menjaga kulit dan rambut supaya tetap bersinar.

 

Walaupun tinggi kandungan lemaknya, namun lemak ini cukup bermanfaat untuk menjaga kelembapan kulit. Kandungan vitamin E ini berguna untuk merangsang pengeluaran kolagen yang dapat membuatkan kulit lebih anjal, cerah dan bebas daripada berkedut.

 

Cubalah buat jus avokado. Kisar buah ini sehingga lumat bersama dengan  susu, ais dan sedikit gula.

makanan sedap

  1. Lobster

Kesan penuaan pada kulit pasti terjadi, namun zink yang terkandung dalam lobster ini mampu membantu mempercepatkan pembaharuan kulit. Di samping itu, ia juga bersifat anti-inflamasi yang dapat membantu mengubati jerawat.

makanan sedap

 

  1. Ikan Salmon

Ikan ini mengandungi protein dan nutrisi yang tinggi dan sangat bagus untuk badan kita. Astaxanthin, pigmen yang membuatkan isi ikan salmon berwarna kemerahan mampu melawan radikan bebas yang menyebabkan kerosakan pada membran sel kulit dan DNA sehingga menyebabkan penuaan.

 

Pengambilan ikan salmon seminggu sekali dikatakan dapat mencegah terjadinya actinic keratosis iaitu keadaan yang menyebabkan kulit menjadi kasar, kering dan bersisik disebabkan terdedah kepada sinaran cahaya matahari dalam tempoh yang panjang.

makanan sedap

Itulah antara makanan sedap yang cukup efektif agar lebih awet muda.

 

BACA 9 KUNCI MUKA AWET MUDA DAN BERSERI-SERI