6 MASA PALING BAGUS DAN EFEKTIF UNTUK MELAKUKAN SENAMAN

AKTIVITI BERSENAM BOLEH DILAKUKAN PADA BILA-BILA MASA DAN DI MANA SAHAJA. TETAPI  UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG LEBIH SEMPURNA, ADA 6 MASA PALING BAGUS DAN EFEKTIF UNTUK KITA MELAKUKAN SENAMAN. 

 

Apatah lagi buat kita yang masih berjuang untuk menurunkan berat badan lepas raya ini. Okay, baca artikel ini sampai habis. Semoga  kita dapat melakukan senaman dengan menyesuaikan waktu paling bagus dan efektif untuk bersenam ini.

paling bagus

BERIKUT ADA MASA YANG DIKATAKAN PALING BAGUS UNTUK KITA MELAKUKAN SENAMAN

 

  1. WAKTU PAGI

Bersenam secara rutin pada waktu pagi dikatakan paling bagus.Ini adalah kerana kalori yang dibakar lebih banyak pada pagi hari apabila kita mempunyai metabolisme yang baik.

 

Di samping itu, bersenam di pagi hari mampu membuatkan semangat kita untuk beraktiviti sepanjang hari berbanding dengan kita yang tidak melakukan apa-apa aktiviti seperti bersenam.

 

Selepas bersenam jangan lupa isi kembali energi kita yang hilang ketika bersenam tadi dengan menikmati sarapan pagi yang sihat.

 

paling bagus

  1. SEBELAH PETANG

Sebelah petang ketika matahari hampir terbenam ataupun sekitar jam 4.30 ataupun 5 petang, di mana suhu badan kita berada pada tahap tertinggi.

 

Pada masa itu, kita akan mendapatkan senaman yang maksimum, membuatkan otot kita menjadi lebih fleksibel sehingga menghasilkan energi yang cukup dan aktiviti senaman kita pun akan terasa lebih menyenangkan.

paling bagus

  1. MALAM HARI

Bersenam pada malam hari paling bagus adalah sekitar jam 7- 8 malam. Kepenatan bekerja atau beraktiviti pada malam hari dapat diatasi dengan melakukan senaman malam seperti fitnes, senaman aerobik dan sebagainya.

 

Selepas itu diikuti dengan pula dengan  masa istirahat (tidur) yang akan meningkatkan pertumbuhan otot kita menjadi lebih sempurna.

paling bagus

  1. MASA DATANG PERIOD

Ketika hormon endorphin (hormon bahagia) dilepaskan oleh tubuh ketika bersenam, ianya dikatakan dapat meningkatkan mood serta mengurangkan kesakitan masa period atau datang bulan.

 

Jadi, masa datang period termasuk dalam kategori waktu paling bagus untuk kita melakukan senaman. Dengan adanya perubahan hormon selama datang haid dikatakan dapat membuat seorang wanita berasa lebih kuat dan membantu kita menghilangkan kesakitan dengan lebih cepat.

 

paling bagus

  1. KETIKA DISERANG SELESEMA

Senaman ringan di rumah dikatakan mampu mengurangkan masalah selesema yang kita hadapi.

 

Ketika kita bersenam badan kita akan mengeluarkan hormone endorphin. Hormon ini disebut hormon kebahagiaan yang dapat membangkitkan kembali perasaan hati kita sehingga dapat meredakan masalah selesema yang ditanggung.

 

Senaman seperti yoga atau berjalan di treadmill selama 20 minit ditambah dengan stretching sesuai dilakukan ketika kita diserang selesema.

paling bagus

  1. BADAN PENAT

Melakukan senaman paling bagus juga dikatakan ketika badan kita rasa penat setelah seharian bekerja atau beraktiviti.

paling bagus

 

Selain dapat membangkitkan kembali energi, bersenam juga dapat menghilangkan stress serta meningkatkan mood kita. Senaman yang disarankan ketika badan kita terasa penat ialah berjogging di sekeliling rumah ataupun cardio dance di dalam rumah.

 

Lakukan selama 15-20 minit dan ia juga bagus untuk kita mendapatkan tidur yang lebih nyenyak pada malam hari.

 

Kesimpulannya terdapat 6 waktu paling bagus untuk kita melakukan senaman. Sungguhpun begitu aktiviti bersenam ini tetap perlu disesuaikan dengan keadaan badan kita dan aktiviti kita seharian.