6 SEBAB BEST DAPAT SUAMI ATAU ISTERI YANG KAKI MELANCONG

Siapa yang tak suka melancong atau jalan-jalan? Rasanya di antara kita memang suka traveling atau jalan-jalan. Syok kan…kalau dapat suami atau isteri kaki melancong!

Bukan apa, kalau setiap hari kita dihadapkan dengan banyak tugasan atau aktiviti yang memerah otak dan juga tenaga, sekali sekala dapat berehat dan pergi melancong memang seronok.

Jika bajet tak mengizinkan untuk berbelanja lebih di kala hati meronta-ronta untuk pergi bercuti, di tanah air kita ni pun banyak sekali tempat menarik yang boleh kita kunjungi. Janji dapat bercuti, kan…

Bercuti atau melancong dengan kawan-kawan pasti lebih menyeronokkan. Tetapi, macam mana rasanya ya kalau mempunyai bakal suami atau isteri yang kaki melancong?

Sebenarnya banyak manfaat yang boleh kita rasakan kalau mempunyai bakal sumai atau isteri yang kaki melancong ni. Tak percaya? Ok, baca artikel ini sampai habis.

BACA: 6 TIP JIMAT BELANJA KETIKA BERCUTI SAKAN

LIKE & SHARE MAMANET

kaki melancong

BERIKUT DIKONGSIKAN BEBERAPA KESERONOKKAN MEMPUNYAI BAKAL SUAMI ATAU ISTERI YANG KAKI MELANCONG:

  1. HUBUNGAN CINTA MENJADI LEBIH MANIS

Biasanya orang yang  suka melancong ini adalah orang yang paling best untuk diajak keluar berjalan-jalan. Maklumlah, hobinya suka traveling, dah tentulah dia tahu bagaimana cara untuk membuat atau menjadikan perjalanan tersebut jadi lebih menyeronokkan.

Jika kita suka melancong dan si di juga meminati perkara yang sama, memang best. Andaikata kawan-kawan semua sibuk atau tak ada bajet traveling untuk tahun ini, tentu kita tak pening-pening kepala untuk mencari partner nak pergi melancong.

Apa susah, kita boleh jer mengajak bakal suami atau isteri kita yang sememangnya kaki melancong untuk merealisasikan hasrat kita untuk pergi bercuti.

Ternyata bercinta dengan orang yang kaki melancong ini akan memberikan kita sebuah perhubungan yang unik!

Mungkin juga inilah saat yang tepat untuk kita mengenal pasangan kita dengan lebih dekat lagi. Bahkan kita dan si dia juga akan belajar untuk saling menerima dan memahami serta berkompromi dengan sikap masing-masing.kaki melancong

  1. LEBIH LASAK DAN TERBIASA SUSAH!

Kalau dah berjalan-jalan tu tentulah bakal mengeluarkan banyak belanja. Salah satu cara untuk mengurangkan bajet buat kaki melancong adalah dengan cara “backpacker”.

Bagi yang dah selalu traveling dengan cara ini sudah pasti terbiasa dengan perkara-perkara yang jauh dari suasana mewah ketika bercuti. Bahkan dia lebih tahu cara untuk menghargai duit yang ada.

Jadi, jika kita nak ajak si dia berjalan-jalan dengan menaiki pengangkutan awam pun, no hal!kaki melancong

  1. BANYAK IDEA DAN LEBIH KREATIF

Selalunya orang yang mempunyai hobi kaki melancong ini, memiliki fikiran yang jauh lebih fresh.

Ini adalah kerana otaknya selalu mendapatkan rehat dengan melawat tempat-tempat menarik.Apatah lagi, jika dia berkunjung ke tempat-tempat yang berkaitan dengan alam semulajadi.

Jadi,  sebab itulah jika kita dan bakal suami atau isteri mempunyai hobi yang sama ini mampu melontarkan idea-idea keratif dan lebih menyenangkan!kaki melancong

  1. TIDAK MEMBOSANKAN

Mana boleh bosan kalau dapat suami atau isteri yang suka melancong. Apatah lagi, jika si dia suka mengajak kita pergi ke tempat-tempat baru yang cukup menarik. Otak kita yang layu pun serta merta boleh segar balik!

Orang yang suka melancong ini pasti tahu bagaimana caranya untuk membuatkan kita menjadi lebih tenang ketika stress dengan tugasan harian atau masalah lain yang melanda.

Si dia pasti tahu di mana tempat-tempat menarik yang mampu membuatkan kita menjadi lebih tenang dan gembira.

Di samping itu, melancong bersama-sama juga memberikan kita dan pasangan kita menghilangkan rasa stress yang ada pada diri masing-masing. Kita dan si dia pun akan menarik nafas lega kerana dapat menghabiskan waktu yang cukup berkualiti bersama-sama.kaki melancong

  1. SALING BERKONGSI CERITA DAN PENGALAMAN

Sekiranya bakal suami atau isteri suka melancong, sudah tentu dia mempunyai banyak cerita dan pengalaman tentang tempat-tempat yang pernah dikunjunginya.

Kita dan si dia akan merayakan kehidupan dengan berkongsi pengalaman dan juga merasai pengalaman baru bersama-sama. Secara tak langsung dia kana mengubah cara pandang kita terhadap kehidupan ini dengan lebih positif.

kaki melancong

  1. LEBIH TERBUKA MENERIMA KEKURANGAN ORANG LAIN

Memiliki bakal suami atau isteri yang minat melancong sudah pasti memberikannya ruang untuk bertemu dengan berbagai-bagai jenis dan ragam manusia. Bahkan ada yang mempunyai keperibadian yang jauh lebih baik daripada diri kita. Namun, dia tetap juga ingin memilih kita sebagai teman hidupnya.

Pengalaman yang dilalui sebagai seorang traveler juga membuatkan dia sudah biasa berinterasi dan melihat positif kekurangan orang lain termasuk diri kita.

kaki melancong

Itulah beberapa keseronokkan apabila memilih si kaki melancong sebagai pasangan hidup. Jika anda masih solo dan minat traveling, jangan lupa, pikat-pikatlah si traveler ya!