6 SOLUSI BIJAK SUPAYA KITA LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR

BUKAN SEMUA DI ANTARA KITA YANG SENANG BANGUN SAHUR. APATAH LAGI KALAU KITA JENIS ORANG YANG SUKA BERJAGA SAMPAI LEWAT PAGI.

 
Makan sahur adalah sunnah. Selain menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat, bersahur juga memberikan kita kesempatan untuk meraih pahala.
 
Kadang-kadang bukan kita sengaja untuk melambatkan sahur, tetapi disebabkan tak sedar. Tau-tahu sahaja dah kesiangan dan waktu sahur pun dah habis! Supaya situasi itu tidak berulang lagi, semak beberapa tip dari Mamanet ini. Paling penting, anda sempat menjamah kurma, minum air kosong, jus atau susu.
 bangun sahur
 

BERIKUT ENAM SOLUSI UNTUK LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR:

  1. PASANG NIAT
Memasang niat adalah perkara pertama yang perlu kita lakukan dalam setiap perkara yang kita buat.
 
Sebelum tidur, kita kenalah pasang niat untuk bangun lebih awal. Niat akan membuatkan seluruh badan dan jiwa kita seakan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang.
 
Dengan niat yang bersungguh-sungguh, sudah pasti kita boleh bangun sahur lebih awal.
 bangun sahur
 
  1. LETAK HANDPHONE DALAM GELAS
Jangan pandang remeh dengan tips ini. Jadikan gelas kaca sebagai speaker. Kita hanya perlu letakkan handphone ke dalam gelas. Kemudian setkan alarm seperti biasa.
 
Ketika waktu bersahur tiba, suara alarm tersebut akan menjadi lebih kuat daripada biasa dan kita pasti akan bangun sahur!
 bangun sahur
  1. JANGAN MAKAN MAKANAN BERAT BERLEBIHAN
Sebaiknya kita tidak mengambil makanan berat secara berlebihan beberapa jam sebelum tidur.
 
Makanan berat yang kita ambil secara berlebihan akan mempengaruhi badan kita sehingga membuatkannya menajdi malas!
 
Untuk mendapatkan tidur yang lebih lena biasakan mengambil makanan sihat seperti pisang, susu panas, oatmeal dan juga almond.
 bangun sahur
  1. TIDUR AWAL
Supaya kita bangun dengan tubuh yang segar, sebaiknya kita tidur lebih awal pada setiap malam.
 
Selepas balik tarawih, teruslah masuk tidur suapaya kita boleh bangun untuk bersahur pada masa yang tepat.
 
Jangan menonton televisyen, main laptop, handphone dan sebagainya.  Jauhkan segala gajet sejauh-jaunya ya!
 bangun sahur
  1. LETAK ALARM JAUH SIKIT
Jika kita nak bangun untuk bersahur pada waktu yang tepat, cuba letak alam jauh sedikit dari tempat tidur.

Cara ini akan membuatkan kita terpaksa bangun untuk mematikannya. Di samping itu, pastikan alarm kita berfungsi dengan baik.

 bangun sahur
  1. MINTA BANTUAN SESEORANG UNTUK KEJUTKAN
Jangan segan atau malu-malu untuk meminta bantuan sesiapa yang kita rasakan boleh diharap untuk mengejutkan kita bangun sahur.
 
Pesanlah kepadanya supaya mengejutkan kita bersahur dengan cara apa sahaja, asalkan kita bangun dan tidak terlepas sahur!
 bangun sahur
Itulah 6 cara mudah bangun sahur yang boleh kita praktikkan. Semoga info ini bermanfaat untuk semua.