6 Tip Berkesan Hilangkan Sakit Ulser Mulut

ulser mulutADUHAI, memang  sakit tak terkata bila mengalami ulser mulut. Kalau makan makanan pedas atau yang masam terasa pedih sangat. Semua jenis makanan yang sedap pun terasa hambar dan hilang nikmatnya dek kerana menahan kesakitan usler mulut! Nak menaip pun rasa tak ada mood!

Ulser merupakan salah satu masalah kesihatan yang menyerang kawasan mulut seperti bahagian dalam pipi, lidah, bahagian bawah lidah, tekak, bibir dalam atau pada bahagian gusi pada mulut.

 

ulser mulutPelbagai penyebab ulser, biasanya disebabkan memberus gigi, stres, kekurangan vitamin, alahan makanan dan boleh juga kerana tidak sengaja menggigit bahagian bibir atau mulut. Ulser mulut merupakan masalah kesihatan yang sangat menganggu aktiviti  seharian disebabkan rasa perit dan pedih serta boleh mengundang masalah bau mulut.

 

Meskipun ulser mulut boleh sembuh dengan sendirinya, namun memerlukan waktu yang agak lama. Untuk sembuh dengan cepat, pengubatan yang tepat diperlukan dan Mamanet ada beberapa tip berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut.

 

BACA INI

 

Berikut  Beberapa Tip Berkesan Menyembuhkan  Ulser Mulut

 

  1. Air Garamulser mulut

Ketika terkena ulser mulut, cubalah mengubatinya dengan cara menggunakan air garam sebagai ubat kumur. Air garam yang digunakan untuk berkumur itu boleh menyembuhkan bakteria yang menjadi punca munculnya ulser.

 

 

  1. Aisulser mulut

Cara lain untuk meredakan kesakitan dan rasa bengkak akibat ulser mulut tersebut boleh menggunakan ais. Tuam ais pada bahagian yang ditumbuhi usler tersebut. Lakukan cara ini sekerap mungkin supaya kesan peradangan dapat dikurangkan.

 

 

 

 

  1. Serbuk Kopiulser mulut

Ambil sedikit serbuk kopi, kemudian letakkan pada bahagian ulser tersebut. Biarkan selama beberapa minit, kemudian kumurlah dengan air bersih. Lakukan sehingga sembuh, biasanya memakan masa 2-3 hari.

 

 

  1. ulser mulutYogurt

Produk olahan dari susu ini juga boleh menjadi salah satu ubat ulser mulut yang efektif dan juga semulajadi tanpa efek sampingan. Yogurt boleh membunuh bakteria dimulut dan di dalam tubuh sehingga dapat membantu mempercepatkan penyembuhan ulser tersebut.

 

 

  1. Air Kelapaulser mulut

Air kelapa mempunyai sifat elektrolit yang mampu menyejukkan badan, mengatasi panas dalam dan boleh menyembuhkan ulser mulut. Bukan itu sahaja, khasiat air kelapa juga mampu mencegah dehidrasi jika diminum secara rutin.

Ubat usler mulut semulajadi ini boleh diminum segelas sehari dan untuk hasil yang lebih efektif minumlah 3 kali sehari, sehingga ulser sembuh.

 

 

 

  1. Bawang Putih

ulser mulutBawang putih ternyata cukup efektif untuk mengubati ulser. Khasiat bawang putih mampu menghalau semua bakteria pada bahagian luka ulser tersebut. Ambil sebiji bawang putih yang masih segar dan hancurkan atau ditumbuk halus. Kemudian tempelkan pada bahagian luka ulser itu selama 10 minit. Tetapi pastikan anda telah memberus gigi terlebih dahulu supaya ia bersih daripada sisa-sisa makanan. Setelah 10 minit, kumur dengan air suam sehingga bersih.

 

P/S: Menjaga kebersihan sangat penting untuk mencegah munculnya kembali ulser mulut. Jangan lupa, perbanyakkan pengambilan vitamin C.

 

(Visited 7 times, 1 visits today)

Leave a Reply