6 TIP ELAK JATUH SAKIT DI MUSIM TENGKUJUH

Kedatangan musim tengkujuh cukup dirasakan,terutama di sebelah negeri Pantai Timur. Banjir mula melanda di sana-sini. Bagi negeri sebelah Pantai Barat seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kawasan-kawasan lain yang sewaktu dengannya pun kena berwaspada juga dengan sindrom banjir kilat!

Biasanya pada musim tengkujuh ini badan kita akan menjadi lebih mudah terkena gangguan kesihatan. Ini adalah kerana tubuh atau badan kita terpaksa beradaptasi dengan suhu dan kelembapan udara yang berbeza daripada sebelumnya.

musim tengkujuh

BERIKUT BEBERAPA TIP MENJAGA KESIHATAN BADAN SUPAYA TETAP SIHAT DI MUSIM TENGKUJUH:

 

  1. RAJIN MENCUCI TANGAN

Ketika musim tengkujuh kuman dan bakteria akan merebak atau membiak dengan lebih berleluasa. Ini adalah kerana kelembapan yang cukup tinggi. Jadi, sebab itulah, badan kita lebih mudah terkena masalah kesihatan.

Selain itu, tangan yang tidak bersih memudahkan lagi kuman dan bakteria masuk ke dalam tubuh.Jadi sebab itulah, pastikan tangan kita sentiasa dalam keadaan bersih ketika makan menggunakan tangan, menyentuh bahagian badan dengan tangan dan sebagainya.

musim tengkujuh

 

  1. SENTIASA JAGA KEBERSIHAN

Hujan yang berterusan akan membuatkan keadaan persekitaran menjadi lebih kotor. Tahan kelembapan udara yang tinggi akan membuatkan suasana menjadi lebih mudah berbau busuk yang mana pada akhirnya akan menjadi sumber kuman.

Jadi, bersihkan kawasan atau tempat-tempat yang berpontensi untuk menjadi sarang kuman dan bakteria untuk membiak.

musim tengkujuh

 

  1. MAKAN VITAMIN

Ketika musim hujan, secara tidak langsung perlu menyesuaikan keadaannya. Proses inilah yang akan mempengaruhi sistem imun atau daya ketahanan badan kita yang mungkin akan menjadi lebih lemah.

Ketika daya ketahanan kita menurun, saat inilah penyakit lebih mudah datang menyerang. Jadi, untuk mencegahnya kita digalakkan mengambil vitamin C bagi menjaga kestabilan sistem imun badan kita.

musim tengkujuh

 

  1. BANYAK MINUM AIR MASAK

Ramai di antara kita yang mengabaikan kepentingan minum air masak terutama pada musim tengkujuh ini. Alasan biasa, tidak terasa haus dan malas untuk berulang alik ke tandas kerana mahu membuang air kecil disebabkan cuaca yang terasa sejuk.

Ianya tidak bagus untuk kesihatan kita. Jika tidak mahu atau terasa bosan minum air masak, minumlah teh hijau panas atau teh halia panas. Dah tentu ia akan membuatkan badan kita akan terasa lebih hangat.

musim tengkujuh

 

  1. JAGA MAKAN!

Suhu yang sejuk ketika musim ini biasanya akan membuatkan nafsu makan kita jadi lebih meningkat. Tapi, sayangnya metabolisme badan kita pula pada saat begini akan menjadi lebih lambat daripada biasanya.

Pastikan kita tidak terlalu menurutkan nafsu makan kita yang melonjak-lonjak terutama ketika perut kita belum terasa lapar. Perut yang berterusan diisi tanpa ada proses pembakaran lemak yang seimbangan pasti akan memberikan efek buruk untuk kesihatan kita.

Selain itu, perbanyakan pengambilan makanan sihat yang pans panas dan berkuah agar badan kita tetap terasa hangat walauun dalam keadaan cuaca yang agak sejuk.

musim tengkujuh

 

  1. TIDUR SECUKUPNYA

Udara sejuk adalanya membuatkan kita rasa amat mengantuk. Namun, jangan sesekali menghindarinya atau melawan rasa mengantuk tersebut.

Ambillah masa untuk berehat dan tidur secukupnya supaya badan kita dapat rehat. Tidur yang mencukupi akan memulihkan kembali stamina serta memperbaiki daya ketahanan badan kita.

musim tengkujuh

Itulah bebrapa tip yang boleh dipraktikan untuk lebih sihat di musim tengkujuh ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

BACA: JAGA KESIHATAN AGAR LEBIH ‘POWER’, RAHSIA HALIA UNTUK SIHAT

LIKE & SHARE MAMANET