6 Tip Mengatasi Lenguh Kaki

lenguh kakiLenguh Kaki. Masalah lenguh kaki memang kerap kita alami. Lebih-lebih lagi jika usia sudah makin meningkat. Efek lenguh kaki memang cukup menyeksakan terutama kalau kita kena juga terus bergerak dan melakukan aktiviti seharian.

Biasanya penyebab lenguh kaki atau kaki yang sakit adalah disebabkan perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian arteri kaki. Di samping itu, otot kaki tegang dan betis meregang secara berlebihan pun boleh menjadi punca lenguh kaki.

 

Berdiri terlalu lama membuatkan tekanan lebih tertumpu pada bahagian otot-otot di belakang kaki. Apatah lagi, jika kita memakai kasut bertumit tinggi.

 

Baca juga: 10 Faktor Penyebab Faraj Berbau Busuk

 

Bagi meredakan rasa lenguh kaki, Mamanet syorkan anda mencuba beberapa tip yang sering Mamanet amalkan ini.

lenguh kaki

  1. Urut Kaki

Untuk meredakan kaki lenguh anda boleh mengurut lembut kaki, mulai dari betis sampai ke telapak kaki bagi melancarkan kembali perjalanan darah. Anda boleh gunakan minyak zaitun, body lotion, body oil ataupun minyak urut untuk lenguh bagi memudahkan lagi proses mengurut kaki.

 

lenguh kaki

  1. Rendam Kaki Dengan Air Garam Pink

Cubalah rendam kaki dengan air suam. Jika rasa lenguh kaki itu menular hingga ke betis, gunakan baldi yang tingi untuk mengisi air suam tersebut sehingga paras betis.

 

Tambahkan satu sudu makan garam pink. Kemudian kuncupkan jari kaki anda di dalam air, tahanlah selama 10 saat, dan kembali semula ke kedudukan asalnya. Ulang beberapa kali sehingga telapak kaki anda terasa lebih ringan.

 

  1. Tuam Dengan Ais

Lutut sering menjadi pusat rasa lenguh kaki. Jadi, cubalah tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang telah dibungkus dengan tuala. Lakukan juga di bahagian atas dan telapak kaki. Buatlah selama 10-15 minit, dan pastikan kaki anda berada di tempat yang  posisinya lebih tinggi.

 

Baca juga: 4 Cara Menghilangkan Bibir Hitam Agar Merah

 

  1. Tidur Dengan Posisi Kaki Lebih Tinggi

Cuba atasi lenguh kaki anda meletakkan kaki pada posisi yang lebih tinggi ketika nak tidur. Boleh gunakan bantal untuk menopang kaki, sehingga kaki anda berada dalam kedudukan yang lebih tinggi. Posisi ini boleh membuatkan perjalanan darah di kaki menjadi lebih lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.

 

  1. Minuman Panas

Cara lain untuk meredakan lenguh pada kaki boleh dikurangkan dengan meminum air panas yang telah dicampur madu dan lemon atau air rebusan halia. Ia dapat merehatkan tulang dan otot di tubuh.

 

  1. Daun Rosemarylenguh kaki

Daun rosemary yang segar atau kering dikatakan mengandungi empat anti peradangan yang mampu meredakan sakit-sakit otot dan  juga mempercepatkan penyembuhan. Ambil daun rosemary yang telah dicampur dengan air panas mendidih, biarkan suam sedikit, kemudian gunakannya sebagai pembilas ataupun pembersih kaki.

Leave a Reply