6 TIPS JIMAT BELANJA KETIKA ‘SAKAN’ BERCUTI

Pergi bercuti atau holiday adalah aktiviti yang paling disukai oleh kebanyakan orang. Seberapa murahnya gaya percutian, kita tetap memerlukan duit. Di bawah ini ada beberapa tips jimat belanja yang boleh membantu anda menjimatkan pengeluaran ketika bercuti.

Jika kedudukan kewangan kita tidak sehebat mana tetapi tetap ingin pergi bercuti, jadi jangan remehkan apa yang sepatutnya dilakukan.

BACA: DAPATKAN KALENDAR CUTI SEKOLAH DAN CUTI UMUM DI SINI

LIKE & SHARE MAMANET

 

tips jimat belanja

BERIKUT BEBERAPA TIPS JIMAT BELANJA KETIKA BERCUTI YANG BOLEH KITA LAKUKAN:

  1. SURVEY LOKASI PERCUTIAN PILIHAN

Sebelum kita nak pergi bercuti, kita memang perlu menentukan ke mana destinasi pilihan kita. Bagi memastikan destinasi yang ingin kita kunjungi itu sesuai dengan ekspektasi percutian kita, buatlah sedikit survey.

Carilah info sebanyak mungkin. Ia boleh dilakukan melalui internet, brochure dari agensi percutian, majalah-majalah percutian, blog-blog traveling atau forum-forum traveling dan sebagainya. Dengan melalukan survey tersebut kita boleh mengira anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi tujuan percutian tersebut

Di samping itu, kita juga boleh mengetahui jika terdapat promosi atau diskaun sehingga tips jimat belanja ketika bercuti akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

tips jimat belanja

  1. KIRA BAJET

Buat perancangan kewangan untuk berbelanja kerana ia sangat membantu kita untuk menghindari pengeluaran yang tidak sepatutnya terjadi.
Di samping itu, cacat setiap pengeluaran yang dilakukan biar sekecil apapun. Perkara ini akan membantu kita mengatur dan mengetahui ke mana sahaja duit kita yang mengalir.

Dengan mengetahui semua itu, kita boleh mengenalpasti atau menyekat segala keinginan kita untuk boros berbelanja yang akan membuatkan percutian kita menjadi lebih mahal.

tips jimat belanja

  1. PENGANGKUTAN

Menggunakan kenderaan sendiri akan membuatkan pengeluaran berbelanja semakin meningkat. Lebih-lebih lagi bila minyak sudah naik harga nih!

Selain itu, kita mungkin tak payah nak fikir kesukaran yang terpaksa dilalui ketika membawa kereta sendiri.

Menggunakan pengankutan awam merupakan alternatif jimat yang boleh kita ambil kira.

tips jimat belanja

  1. PILIH TEMPAT PENGINAPAN YANG BIASA-BIASA SAHAJA

Jika kita pergi bercuti ke suatu tempat, kita tidak perlu menghabiskan duit dengan menginap di hotel-hotel lima bintang. Apatah lagi, jika kita hanya menjadikannya tempat untuk tidur sahaja.

Cubalah cari tempat penginapan murah atau homestay dengan harga yang jauh lebih murah.

tips jimat belanja

  1. BERJALAN KAKI

Jika jarak antara satu tempat dengan tempat lainnya yang ingin kita pergi tidak terlalu jauh, berjalan kaki dapat adalah tips jimat belanja yang harus dipraktik.

Selain berjimat, kita juga akan dapat menikmati pemandangan dan aktiviti penduduk setempat yang tinggal di sana.

tips jimat belanja

  1. KENA LEBIH BIJAK PILIH TEMPAT MAKAN

Biasanya harga makanan tidak semuanya mahal di semua tempat. Cara berjimat yang boleh dilakukan iaitu makan kenyang-kenyang sewaktu bersarapan pagi.

Membawa bekal dari rumah adalah tips jimat belanja ketika bercuti yang tidak perlu diabaikan. Bawalah makanan dari rumah yang mudah dan tidak tidak menganggu perjalanan kita seperti roti, snack dan air mineral.

Ketika sampai di tempat penginapan kita boleh memasak mee segera atau bijirin yang dibawah dari rumah. Biasanya homestay  ada menyediakan kemudahan dapur yang membolehkan kita memasak.

Anda mempunyai kuasa penuh ke atas segala duit yang anda miliki.Mahukan sebuah percutian yang lebih jimat atau tidak, semuanya bergantung pada diri anda sendiri sebagai pengendali kewangan.

tips jimat belanja

Jika  mahu bercuti dan berjimat, tips jimat belanja yang dikongsikan ini mungkin boleh membantu. Selamat bercuti!