6 VITAMIN UNTUK KULIT KERING, MENGELUPAS DAN BERSISIK

Menjaga kesihatan kulit sangat penting. Ini adalah kerana menjaga kesihatan kulit membantu kita menjaga kesihatan dengan baik secara keseluruhannya. Apakah vitamin untuk kulit yang mampu membantu meningkatkan kesihatan kulit kita?

 

Fungsi vitamin adalah untuk menjaga metabolisme tubuh yang memberikan efek pada kesihatan kulit.

 

Merawat diri dalam dalam adalah dengan cara mengambil bahan makanan yang mengandungi vitamin-vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Namun, keperluan vitamin di antara kita semua berbeza-beza. Lagipun jenis kulit setiap daripada kita juga berbeza.

 

Memiliki kulit yang sihat sangat penting bagi melindungi badan kita daripada diserang pelbagai penyakit, infeksi, mencegah dehidrasi dan sebagainya.

 

Selain itu mempunyai kulit muka yang sihat dan bebas dariapada masalah jerawat dan kulit muka kering juga mampu menambah keyakinan dari kita.

 

BERIKUT BEBERAPA JENIS VITAMIN UNTUK KULIT KERING YANG SEBAIKNYA KITA AMBIL TAHU:

 

  1. VITAMIN A

Vitamin A sangat penting jika kita mahu memiliki kulit yang sihat dan cantik. Vitamin A banyak memainkan peranan dalam banyak aspek kesihatan kita.

 

Vitamin A mampu merangsang,memperbaiki dan memelihara serta memperkuatkan jaringan kulit.

 

Kita yang kurang vitamin A, lebih berisiko untuk mengalami masalah kulit kering, mengelupas, bersisik dan juga cepat berkedut.

 

Kita boleh mendapatkan vitamin A dengan cara menikmati lobak merah dan juga pelbagai sayuran hijau.

 

Selain itu, pemakaian losyen kulit yang mengandungi vitamin A akan membantu mengawal jerawat, mengurangkan kedutan serta garis-garis halus.

Vitamin Untuk Kulit

 

  1. Vitamin B Kompleks

Vitamin ini sangat penting  untuk kesihatan kita secara keseluruhannya. Antara manfaat daripada Vitamin B Kompleks untuk kesihatan  kulit adalah merangsang kulit yang sihat, mencegah kerosakan kulit yang mungkin disebabkan oleh faktor usia, membantu epidermis iaitu lapisan kulit untuk mempertahankan kelembapannya, mencegah kulit kering, membantu mengubati jerawat dan membantu mengatur pengeluaran pigmen serta perubahan tona kulit.

 

Vitamin B Kompleks ini diperoleh dengan pengambilan oatmeal, pisang dan telur. Vitamin B Kompeks ini juga mengandungi nutrisi, iaitu biotin yang sangat membantu untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit serta sel-sel rambut.

Vitamin Untuk Kulit

 

  1. VITAMIN C

Vitamin C adalah antioksidan  kuat dan membantu melawan banyak penyakit. Selain itu, pengambilan vitamin untuk kulit cantik ini dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran kolegan yang cukup baik, mengatasi kedutan, memperbaiki tekstur kulit yang pada awalnya kering menjadi lebih lembab dan lembut serta mengurangkan kerosakan kulit.

 

Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, kita kena rajin mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Ia juga boleh diperoleh secara semulajadi dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan termasuk dalam multivitamin dan suplemen diet lainnya.

Vitamin Untuk Kulit

 

  1. VITAMIN D

Vitamin D juga tidak terkecuali menjadi vitamin untuk kulit kering supaya menjadi lebih sihat, walaupun vitamin ini sangat bagus untuk memperkuat serta menyihatkan tulang.

 

Di samping itu, vitamin D juga mampu membantu kita mendapatkan nutrisi lengkap untuk badan dan kulit. Ia juga menjadi ubat kepada penderita penyakit psoriasis. Sumber terbaik vitamin D ialah cahaya matahari.

 Vitamin Untuk Kulit

 

  1. VITAMIN E

Vitamin E merupakan nutrisi yang penting untuk kesihatan kita secara keseluruhan. Ia juga merupakan antioksidan kuat yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kulit.

 

Vitamin untuk kulit cantik ini dapat membantu mencegah kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

 

Kulit akan menjadi lebih anjal, lembut dan terjaga kulit daripada kerosakan. Kita disarankan makan kacang-kacangan, buah zaitun dan sayur bayam yang kaya dengan vitamin E.

 

Untuk merawat kulit kering daripada luar, pemakaian losyen atau minyak vitamin E sangat disarankan.

Vitamin Untuk Kulit

 

 

  1. VITAMIN K

Bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, vitamin K ini mampu menghilangkan kesan lebam atau lingkaran hitam bawah mata serta mampu menyamarkan kedutan.

 

Selain pemakaian krim atau losyen vitamin K, kita juga boleh memperoleh khasiatnya daripada sayuran berwarna gelap untuk memenuhi nutrisi vitamin K di dalam tubuh dan kulit. Jadi, jangan lupa memasukkan makanan ini ke dalam menu diet kita setiap hari supaya manfaatnya boleh kita rasai.

Vitamin Untuk Kulit

 

 

Itulah beberapa jenis vitamin untuk kulit yang mampu membantu kita mengatasi masalah kulit kering, mengelupas serta bersisik dengan mudah. Selamat mencuba!

 

BACA 6 KHASIAT VITAMIN E UNTUK KESIHATAN BADAN DAN KECANTIKAN KULIT