7 CARA MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN HAPUSKAN RENDAH DIRI

Rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri yang begitu mendalam boleh membuatkan seseorang itu menjadi tidak suksess dalam kehidupannya.

Meningkatkan keyakinan diri dan membuang rasa rendah diri yang telah lama bersarang dalam diri tidak mudah. Diperlukan banyak masa dan usaha, sungguhpun begitu jangan berputus asa.

Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri.

BACA: TIP LEBIH PRODUKTIF DAN LEBIH PRODUKTIF BEKERJA SENDIRI

LIKE & SHARE MAMANET

keyakinan diri

 

DI SINI MAMANET KONGSIKAN BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI:

  1. SINGKIRKAN FIKIRAN NEGATIF

Kita semua sedia maklum bahawa fikiran negatif boleh melemahkan potensi dan keperibadian yang kita miliki. Bahkan fikiran dan emosi negatif juga boleh membuat mental kita menjadi lemah sehingga membuatkan kita hilang keyakinan diri.

Cara mudah untuk kita meningkatkannya adalah dengan memulakan hari-hari kita dengan fikiran bahagia dan positif.

Di samping itu, kebahagiaan atau kegembiraan hidup memainkan  peranan penting untuk meningkatkan rasa kepercayaan diri kita.

keyakinan diri

  1. TENTUKAN LANGKAH SELANJUTNYA

Jika kita tidak yakin dengan apa yang harus kita lakukan, carilah satu langkah mudah uang boleh membantu kita untuk terus maju dan suksess.

Mulakan bertindak meskipun kita masih tidak mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang perlu kita lakukan.Tetapi bergeraklah menuju sasaran kita dan rebut segala peluang yang ada di depan mata.

keyakinan diri

  1. KENAL PASTI KELEBIHAN YANG ADA

Persaingan adalah perkara penting yang mampu meningkatkan kualiti diri kita. Ini adalah kerana supaya kita punya keyakinan diri untuk menghadapi persaingan tersebut.

Cuba kenali apa kelebihan yang dimiliki berbanding dengan pesaing kita, sehingga kita menjadi lebih fokus dan pakar dalam bidang tersebut.

Keyakinan ini akan membuatkan kita tidak takut atau rasa rendah diri lagi dengannya.

keyakinan diri

  1. BANYAKKAN MEMBACA BUKU

Membaca adalah gudang ilmu. Biarpun sekarang ini terlalu banyak informasi percuma yang boleh kita dapati di internet, namun buku-buku tetap mempunyai banyak manfaat yang mungkin tidak terdapat di situ.

Membaca buku akan menambahkan lagi wawasan dan pengetahuan kita sehingga akan meningkatkan lagi keyakinan diri kita.keyakinan diri

  1. LEMPARKAN SENYUM

Tersenyum bukan setakat mampu meredakan rasa gugup dan rendah diri. Malahan boleh membuatkan diri kita berasa lebih baik lagi.

Ini adalah kerana tersenyum berkait rapat dengan perasaan postif. Tersenyum juga akan melepaskan hormon endorphin yang membuatkan mood kita menjadi lebih baik, melancarkan perjalanan darah di muka, membuatkan kita berasa lebih  selesa dengan diri kita sekaligus meningkatkan keyakinan diri kita.

Kita juga akan nampak lebih yakin di hadapan orang lain ketika kita tersenyum.keyakinan diri

  1. PERBAIKI PENAMPILAN DIRI

Penampilan yang baik tidak bermakna kita perlu berpakaian seksi atau menjolok mata.

Belajarlah membangun keyakinan dan kepercayaan diri sendiri dengan berpakaian sesuai untuk sesuatu keadaan atau aktiviti yang ingin dibuat. Memakai pakaian yang salah atau tidak kena pada tempatnya boleh menurunkan keyakinan dan kepercayaan diri sendiri.

Ketika kita berpakaian tepat pada waktu dan tempatnya, kita akan berasa lebih yakin dan bersemangat untuk bersama-sama dengan orang-orang yang berada di sekitar kita.

keyakinan diri

  1. PERCAYA AKAN KEBESARAN-NYA

Mensyukuri apa sahaja yang kita miliki akan menghindari kita dari stress dan perasaan negatif yang lain.
Di samping itu, sentiasa ingatkan Tuhan Yang Maha Kuasa dan banyakkan berdoa semoga Dia mempermudahkan perjalanan hidup kita.keyakinan diri

Dengan mengingati kebesaranNya juga akan mengembalikan keyakinan diri kita dalam menghadapi sesuatu.