7 KERJA YANG SESUAI UNTUK KITA-KITA YANG “INTROVERT” INI

Sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan tapi tak ada satu pun kerja yang sesuai dengan jiwa kita. Kenapa ya?

Hurmm… boleh jadi juga disebabkan kita belum mengetahui sifat atau karakter diri kita yang sebenarnya. Mungkin juga kita ni seorang yang introvert!

Biasanya orang yang tergolong dalam kategori introvert  cenderung susah selesa dalam pekerjaannya.

Bukannya mereka tidak suka dengan pekerjaan tersebut, tetapi keadaan persekitaran kerja yang memerlukan mereka bertemu dan berkomunikasi dengan ramai orang adakalanya membuatkan tuan empunya diri berasa tidak selesa.

Itulah sebabnya seseorang yang introvert berasa serba kekurangan atau kurang yakin jika bekerja di bidang-bidang pekerjaan yang memerlukannya bersosial dengan ramai orang.

Apa yang menariknya, seseorang yang introvert mampu bekerja secara berdikari  yang tidak perlu campur tangan ramai orang.

Sungguhpun begitu bukan bermakna seseorang yang introvert tidak memerlukan bantuan orang lain atau tidak mahu berkomunikasi dengan teman-teman sekerja, tetapi mereka hanya inginkan keselesaan dalam bekerja secara sendirian.

Relaks ok, tak payah nak risau sangat jika kita seorang yang introvert. Kita tetap boleh berjaya dengan kerja yang sesuai dengan karakter kita yang seorang introvert.kerja yang sesuai

BACA: TIP LEBIH PRODUKTIF DAN SYOK BEKERJA SENDIRI DARI RUMAH

LIKE & SHARE MAMANET

DIKONGSIKAN BEBERAPA JENIS KERJA YANG SESUAI BUAT SI INTROVERT:

  1. PENULIS/EDITOR

Menjadi penulis atau editor tidak memerlukan kita banyak berkomunikasi dengan orang lain.

Memadai fokus denga  penulisan yang dibuat, maka kita sudah boleh bekerja dengan baik. Dengan bekerja berjam-jam di depan komputer, seorang introvert akan berasa santai-santai sahaja.

Biasanya seorang introvert akan  mampu menghasilkan penulisan yang sempurna jika diimbangi dengan kemampuan menulis yang baik.kerja yang sesuai

  1. JURUGAMBAR

Menjadi jurugambar tidak memerlukan kita untuk bercakap banyak. Apa yang penting adalah menghasilkan gambar atau foto yang berkualiti.

Memadai jika kita berjiwa seni, dan kreatif dalam mengambil gambar, maka seorang introvert seperti kita ini sudah boleh mendapatkan kerja yang sesuai dengan karakter kita.kerja yang sesuai

  1. PEREKA BENTUK GRAFIK

Pereka bentuk grafik adalah kerja yang sesuai buat seseorang yang introvert. Kita hanya memerlukan suasana kerja yang tenangd an imiginasi kita akan bekerja menghasilkan karya grafik yang luar biasa.

Interaksi dengan  pihak lain juga tidak begitu banyak. Kita hanya perlu fokus bagaimana membuat karya-karya grafik terbaik sahaja.kerja yang sesuai

  1. WEB DEVELOPER

Menjadi web developer juga adalah kerja yang sesuai buat seseorang yang introvert.

Walaupun terpaksa menghabiskan masa berjam-jam sehingga lewat pagi sendirian, kita tak kisah dan seronok bekerja (coding).

Meskipun nampak pendiam, tetapi sebenarnya otak kita berjalan dan terus berfikir dan berfikir untuk memecahkan suatu masalah. Komputer adalah sahabat terbaik yang akan membantu kita dalam pekerjaan ini.kerja yang sesuai

  1. ADMIN MEDIA SOSIAL

Admin Media Sosial memerlukan kita hanya fokus dengan interaksi di dunia maya. Kita tidak perlu berkomunikasi dengan orang secara langsung.

Ini adalah kerana pekerjaan ini 100 peratus melalui online. Situasi inilah yang membuatkan seorang introvert sesuai sangat menjadi Admin Media Sosial.kerja yang sesuai

  1. PELUKIS

Pelukis tidak menyukai suasana yang riuh rendah dan sesak ketika menghasilkan karya lukisannya.

Sebaliknya lebih selesa dengan suasana yang tenang supaya boleh membayangkan dan melukiskan imaginasinya di atas kanvas.kerja yang sesuai

  1. PEMANDU PERIBADI

Menjadi pemandu peribadi juga adalah kerja yang sesuai buat kita yang tergolong dalam kategori introvert.

Apa yang diperlukan hanyalah keselesaan ketika memandu kenderaan dan boleh sampai ke destinasi dengan selamat.kerja yang sesuai

Sekiranya anda bukan seorang introvert, sokonglah mereka tanpa perlu melebih-lebihkan kekurangan yang dimiliki. Berikan mereka ruang dan waktu untuk berkarya.

Apapun jenis pekerjaan yang dipilih, kerja yang sesuai ataupun tidak dengan jiwa kita, apa yang peting adalah melaksanakannya dengan baik dan penuh tanggungjawab!