KEBAIKAN LOBAK PUTIH JANGAN DIPANDANG REMEH. NAK CANTIK, NAK SIHAT, MAKANLAH SAYUR INI!

TIDAK RAMAI DI ANTARA KITA YANG SUKA MAKAN SAYUR YANG SATU INI. BAHKAN BUKAN SEMUA ORANG JUGA TAHU KEBAIKAN LOBAK PUTIH, SEDANGKAN NUTRISI YANG TERDAPAT PADANYA CUKUP LENGKAP!

 

Lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor. Lobak putih juga turut mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik. 

 

Jika di negara Korea, sayur lobak putih ini sering dijadikan makanan yang dipanggil ‘kimchi’. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan ‘sashimi’, sup ataupun ditumis.
 
Bagi yang belum pernah menikmati sayur lobak putih, cubalah. Sedap jika dibuat sup sebagai pelengkap makanan. Selain rasaya yang enak dan lazat, kebaikan lobak putih cukup luar biasa. Semak kebaikannya.
 kebaikan lobak putih

 

BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN LOBAK PUTIH UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

1. MENCEGAH KANSER

Ekstrak akar lobak ini mengandungi ‘isothiocyanates’ yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser.  Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Antaranya sebagai antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.

kebaikan lobak putih

 2. MENGHANCURKAN BATU KARANG

Lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretic dengan kandungan potassium yang tinggi.
Pengidap penyakit batu karang, sebaiknya minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan. Pengambilan jus lobak ini sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing.
Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.kebaikan lobak putih

 3MENGATASI DEMAM DAN PANAS BADAN

Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk meredakan peradangan yang menyebabkan demam dan panas badan.
Jika boleh mengolah sayur lobak putih ini menjadi jus ataupun sup.

kebaikan lobak putih

 4. MENYEMBUHKAN BUASIR

Jika kita mengalami masalah buasir atau kerap sembelit, ada baiknya kita belajar menyukai sayur lobak putih dari sekarang. Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita. Jadi ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami.
 
Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit. Jadi, jika masalah sembelit kita semakin berkurangan, lambat laun penyakit buasir yang kita hidapi itu akan juga sembuh.kebaikan lobak putih

 

 5. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jus lobak putih yang diminum secara teratur mampu menurunkan berat badan. Dengan meminumnya, perut kita akan terasa kenyang dengan lebih lama.  Ini membuatkan kita dapat mengurangkan jumlah makanan yag diambil.
 
Selain itu, ia juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan. Setengah cawan lobak hanya mengandungi lebih kurang 12 kalori. Begitu juga dengan kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air.

kebaikan lobak putih

 

6. MENYIHATKAN KULIT

Kandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin.
Kecantikan kulit kita akan terjaga dengan nutrisi yang terdapat dalam lobak putih seperti vitamin C, zinc, vitamin B kompleks dan zat fosfor. Di samping itu, lobak putih juga mampu mengatasi masalah kulit gatal, infeksi dan ruam (masker).
 kebaikan lobak putih

 7. PEMUTIH MUKA

Siapa sangka lobak putih boleh dimanfaakan sebagai pemutih muka semulajadi yang selamat. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita boleh campurkan lobak putih ini dengan minyak zaitun.
Caranya cukup mudah, ambil dua batang lobak putih bersihkan. Kemudian parut atau dikisar. Setelah itu, campurkan parutan lobak tersebut dengan minyak zaitun. Sapukan dengan lembut pada muka yang telah dibersihkan dengan air
suam. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah muka dengan air sebersihnya. Lakukannya secara rutin seminggu sekali.kebaikan lobak putih
 Itulah antara kebaikan lobak putih. Semoga bermanfaat untuk semua.

 

(Visited 29 times, 13 visits today)