INGIN HAPUSKAN LEMAK DI PERUT? CUBA 7 SOLUSI MAKANAN PEMBAKAR LEMAK INI!

BANYAK LEMAK DI PERUT? TERINGIN NAK KURANGKAN LEMAK DI PERUT DENGAN CEPAT? DIKONGSIKAN SOLUSI UNTUK ANDA. TERDAPAT 10 MAKANAN PEMBAKAR LEMAK YANG  DIKATAKAN BERUPAYA MENGURANGKAN BERAT BADAN, MENSTABILKAN KADAR KOLESTEROL DAN  MENINGKATKAN  METABOLISME.

 

Pergi ke gym bukanlah satu-satunya pilihan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan lemak di perut, pinggang, lengan ataupun paha.

 

Sebenarnya kita masih boleh mengawal berat badan kita dengan pengambilan makanan yang tepat. Cubalah pilih makanan yang tinggi kandungan seratnya, termasuklah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet kita.

Makanan Pembakar Lemak

BERIKUT BEBERAPA MAKANAN PEMBAKAR LEMAK TERBAIK: 

 

  1. OATS

Oats adalah makanan pembakar lemak terbaik untuk kita yang ingin mengurangkan lemak di perut. Amat sesuai di makan pada waktu pagi sebagai sarapan.

 

Ini adalah kerana gandum mengandungi kandungan serat tinggi yang  membantu mengurangkan berat badan, menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Makanan Pembakar Lemak

 

  1. ANGGUR

Buah anggur mampu memberikan perasaan kenyag kerana penghadaman lambat. Selain itu, anggur bukan sahaja mengandungi sumber vitamin C, bahkan terdapat ‘pektin’ yang dapat  membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang. Minum jus anggur sangat efektif untuk mengurangkan lebihan lemak yang terdapat di dalam badan.

Makanan Pembakar Lemak

 

  1. TEH HIJAU

Pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak.

 

Amalan minum  teh hijau terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.

makanan pembakar lemak

 

  1. PUTIH TELUR

Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

Makanan Pembakar Lemak

 

  1. CILI PADI

Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolisme badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
Makanan Pembakar Lemak

 

  1. EPAL

Buah ini merupakan serat yang baik dan mampu mengenyangkan. Makan buah epal pada setiap hari dapat mengawal kenaikan berat badan dan menghasilkan perut yang leper.

Makanan Pembakar Lemak

 

  1. TEMBIKAI

Buah tembikai mengandungi banyak air dan sumber yang kaya dengan vitamin A, C dan asid amino.

 

Makan buah tembikai pada  setiap hari membantu secara efektif dalam mengurangkan lebihan lemak di sektiar pinggang.

Makanan Pembakar Lemak

 

Jadi, bila dah tahu makanan pembakar lemak ini, bolehlah diamalkan selalu. Semoga artikel ini bermanfaat kepada anda.