7 TIPS BELI BAJU BARU DI OUTLET SUPAYA TAK MEMBAZIR DUIT

Ada banyak cara untuk lebih berjimat ketika membeli belah terutama bab memborong pakain. Jadi, baca tips beli baju baru ini supaya kita tak membazir duit.

Kita pasti pernah mengalami masalah bingung ketika mahu memilih pakaian atau terpaksa membeli sehelai baju yang tak sesuai dengan bentuk badan kita sehingga akhirnya baju tersebut terperap di dalam almari selamanya.

tips beli baju

BERIKUT 7 TIPS BELI BAJU YANG BOLEH DIPRAKTIKKAN SUPAYA KITA JIMAT DAN TIDAK MEMBAZIR DUIT:

  1.  THINK OUT OF THE BOX

Kita mungkin terus menuju ke bahagian pakaian wanita setiap kali berbelanja di pusat membeli belah. Sebaiknya kita tidak hadkan diri kita untuk ke satu bahagian sahaja.

Kadang-kadang ada pakaian atau baju yang sesuai dengan kita di bahagian pakaian lelaki. Bahkan jika bentuk badan kita kecil, kita boleh jumpa banyak T-shirt cantik dan unik yang sesuai digunakan sebagai dalaman blazer.tips beli baju

  1. KENA CUBA

Tips beli baju baru dengan lebih jimat yang seterusnya adalah meskipun kita tergesa-gesa atau rasa malas untuk masuk ke fitting room , tetapi kita perlu usahakan untuk mencuba pakaian yang ingin dibeli terlebih dahulu. Terutama bagi kita yang berbadan besar.

Kecualilah kedai tersebut membenarkan kita menukar barang berbeza ukuran, jadi bolehlah kita mencubanya di rumah. Jika tidak muat atau sesuai, boleh sahaja kita menukarnya kembali.tips beli baju

  1. MATERIAL YANG BERKUALITI

Bagi pakaian yang menjadi tunjang penampilan kita seperti blazer hitam, kemeja putih, seluar berpotongan lurus atau skirt berpotongan pensil, kita kena lebih berhati-hati ketika membelinya.

sebaiknya pilihlah yang diperbuat dari bahan berkualiti dan elok jatuhnya di badan kita.Material yang berkualiti mungkin sedikit mahal, tetapi akan lebih tahan lama dan cantik.tips beli baju

  1. JANGAN TERPEDAYA DENGAN HARGA DISKAUN

Kita memang perlu lebih berhati-hati dengan godaan baju-baju yang ada diskaun ini. Walaupun murah harganya, itu bukan bermakna kita borong sakan. Kalau perlu sehelai, belilah sehelai saja.

Ingat ya, kita boleh menyimpan duit tersebut sehinggalah kita mampu membeli baju yang cantik dan spesifik sesuai dengan kehendak dan keperluan kita.tips beli baju

  1. CARI IDEA INSPIRASI

Ingin tampil dengan imej baru di pejabat? Sebaiknya jangan main pakai beli sahaja, sebaliknya cubalah mencari idea atau inspirasi fesyen di blog-blog fesyen, dan sebagainya tips beli baju

Jika memang tak ada yang sesuai, kita boleh memikirkan cara untuk memadankan pakaian yang ingin dibeli dengan pakaian yang sedia ada di dalam almari.tips beli baju

  1. ELAKKAN MEMBELI PAKAIAN YANG WAJIB DRY CLEAN

Kita hanya akan menghabiskan banyak duit semata-mata untuk membeli pakaian daripada material sutera yang hanya boleh di dry clean.

Bahkan supaya warna baju tidak cepat pudar, ramai juga yang suka melakukan dry clean pada baju kesayangan.

Jika ingin lebih berjimat, tips beli baju baru menyarankan agar anda tidak melakukannya dengan kerap. Adalah lebih baik jika kita dry clean sahaja pakaian yang perlu dicuci dengan teknik tersebut.tips beli baju

7. BANDINGKAN HARGA DI BEBERAPA OUTLET DAHULU SEBELUM MEMBELI

Lumrah wanita kalau membeli belah, pasti akan merayau satu pusat beli belah. Mereka suka bandingkan harga dan rekaan serta material. Namun, ada yang malas dan akan terus membeli mana yang berkenan.

Sebaiknya bandingkan harga di beberapa kedai berhampiran terlebih dahulu. Mungkin ada kedai yang jual baju yang sama tetapi dengan harga yang berbeza atau memberi diskaun.

Anda boleh buat survey secara online juga kerana sesetengah outlet ada website sendiri. Bahkan jika anda bijak, anda boleh dapat baju yang sama dengan harga lebih murah jika anda beli secara online.

tips beli baju

Itulah 7 tips beli baju baru dengan lebih jimat yang perlu diketahui serta dipraktikkan ketika membeli-belah pakaian. Semoga bermanfaat.