8 Kebaikan Serum Patut Diketahui Sebelum Membelinya

Sekarang ni banyak betul produk serum yang terjual di pasaran . Sayangnya tak semua wanita yang tahu apa itu serum dan apakah kebaikan serum yang sebenarnya.

 

Kebanyakan wanita beranggapan bahawa serum adalah bentuk pelembab atau moisturizer yang mahal.Okaylah supaya anda semua lebih faham tentang penggunaan serum dan bagaimana efeknya terhadap kulit wajah, dikongsikan rahsia kebaikan serum ini.

 

Sekurang-kurangnya sebelum anda terpengaruh untuk membeli dan menggunakannya anda sudah tahu serba sedikit tentang manfaat pemakaiannya.

Kebaikan serum

 

KETAHUI CARA PAKAI SERUM DENGAN BETUL. KLIK SINI

 

Apa itu Serum dan Kebaikan Serum?

Serum adalah produk yang mampu merawat kulit dan mampu melembabkan kulit dengan bahan-bahan yang kuat.
Kebaikan serumSerum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit terdalam dan membawa bahan aktif dengan tindakbalas yang cukup efektif.

 

Berkat kemampuannya untuk meresap secara menyeluruh, serum dapat dijadikan alat paling efektif untuk mengatasi masalah pada kulit seperti kedutan dan sebagainya.

 

Pemakaian serum bermanfaat untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, sehingga sel-sel kulit mati akan digantikan dengan lapisan kulit haru dan menjadikan kulit muka lebih halus lembut dan bersinar serta bebas dari masalah kedutan.

 

Serum juga bertindak lebih kuat dari pelembab kerana bahannya bersifat mudah meresap dan dapat membantu meningkatkan produksi kolagen pada kulit, sehingga kulit muka menjadi lebih anjal, segar serta selalu nampak awet muda.

 

Serum muka juga sesuai dipakai bagi anda yang suka memakai mekap kerana kandungan serum boleh membuatkan kulit muka kelihatan lebih flawless ketika mengenakan mekap.

 

Cara Menggunakannya:

Kebaikan serum serum digunakan sebanyak dua kali sehari. Serum adalah produk pertama yang sebaiknya terapkan di kulit muka setelah membersihkan muka.

 

Terapkan serum dengan menggunakan satu atau dua jari sahaja. Kawasan yang penting seperti bawah mata tidak boleh diketepikan daripada pemakaian serum. Apatah lagi, jika anda tidak menggunakan krim mata.

 

Pastikan titik-titik serum harus tepat supaya merata ke seluruh bahagian muka. Selain itu, jangan lupa pakai serum sehingga ke bahagian leher.

Cara pemakaian serum yang betul, 30 minit sebelum tidur supaya ia meresap ke dalam kulit dan tidak melekat pada bantal dan sebagainya ketika anda terlelap.

Kebaikan serum

 

 

 

Kebaikan serumAntara Kebaikan Serum Kecantikan Muka:

  • Membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal
  • Melembabkan kulit muka.
  • Menyamarkan kedutan pada muka hingga leher.
  • Mencegah penuaan semulajadi.
  • Menutrisikan kulit.
  • Memberikan sensasi kulit muka yang lebih bersinar dan cerah.
  • Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam.
  • Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka.

 

Kebaikan serum memang tiada tandingannya. Memakai serum secara rutin dapat membuatkan kulit muka kita lebih lembab dan dapat menyamarkan pelbagai macam tanda-tanda penuaan.

LIKE & SHARE MAMANET