8 KHASIAT COKLAT YANG BUAT KITA JATUH CINTA PADANYA

BAGI YANG TAKUT GEMUK ATAU RISAU KADAR GULA DALAM BADAN MELONJAK NAIK, TENTU NGERI NAK MAKAN COKLAT. TAPI, APAKATA LEPAS BACA KHASIAT COKLAT INI, BUANG RASA TAKUT ITU!

 

Sekiranya kita suka makan coklat, kita akan mendapat banyak keuntungan dengan beberapa khasiat coklat yang mungkin selama ini tidak pernah kita ketahui.

 

Khasiat coklat bukan sekadar untuk kesihatan semata-mata. Bahkan juga untuk kecantikan.

 

Khasiat coklat

BERIKUT BEBERAPA KHASIAT COKLAT YANG PATUT DIKETAHUI

 

  1. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Flavonoid yang terdapat di dalam coklat mampu melindungi dan mencegah peradangan kronik pada jantung, mempengaruhi kesihatan jantung serta penyakit yang yang berkaitan dengannya.

 

Pengambilan sepotong dark chocolate pada setiap hari dikatakan dapat mencegah serangan jantung dan strok.

Khasiat coklat

 

  1. MERANGSANG MOOD GEMBIRA

Coklat juga mengandungi ‘phenylethylamine’ yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan ‘dopamine yang’ akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat melahirkan perasaan jatuh cinta.

 

Itulah alasan yang boleh digunakan,mengapa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

Khasiat coklat

  1. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH

Coklat juga sangat efektif untuk melancarkan perjalanan darah. Persenyawaan flavonoid yang terdapat pada coklat berfungsi untuk melindungi perjalanan darah atau pengaliran darah pada badan kita.

 

Di samping itu, ia juga dapat memperlebarkan saluran pembuluh darah pada otak. Ternyata khiasat coklat juga sangat luar biasa, pengambilan secara teratur dapat membantu menaikkan pengaliran darah sehingga bebas daripada pelbagai penyakit yang disebabkan perjalanan darah yang tidak lancar.

Khasiat coklat

 

  1. MENURUNKAN KOLESTEROL

Kebaikan dari pengambilan coklat secara teratur juga boleh dijadikan alternatif untuk membantu proses menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

 

Ini adalah kerana biji dari pokok koko ini mengandungi lemak yang baik untuk tubuh.

Khasiat coklat

 

  1. ANTI STRESS

Rasa relaks  yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.

 

Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang seterusnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri kita.

Khasiat coklat

KHASIAT COKLAT TERBUKTI BAGUS UNTUK KULIT. JADI TIDAK HAIRANLAH KINI WUJUD KAEDAH BARU DALAM DUNIA KECANTIKANWANITA.

 

  1. MELEMBABKAN KULIT

Di dalam coklat hitam terdapat kalsium, zat besi serta vitamin A, C, D dan E yang mampu melindungi kulit.

 

Khasiat coklat hitam yang digunakan sebagai masker efektif untuk melembabkan kulit serta menghapuskan sel-sel kulit mati.

 

Begitu juga dengan vitamin E yang berupaya untuk merawat, memberikan kelembapan serta keanjalan kulit, menghalang proses penuaan semulajadi serta mempercepatkan proses penyembuhan parut-parut jerawat.

Khasiat coklat

 

  1. MELINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN UV MATAHARI

 

Bahan flavonoid  dalam coklat dapat melindungi kulit kita daripada bahaya sinaran UV matahari.

 

Coklat hitam bukan sekadar dibuat masker, bahan enak juga untuk dinikmati. Vitamin E pada coklat ini mampu melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV matahari.

Khasiat coklat

 

  1. MENGURANGKAN KEDUTAN DAN GARIS-GARIS HALUS PADA KULIT

Kenikmatan coklat mampu memberikan perasaan tenang. Ini adalah kerana hormon kortisol yang menjadi penyebab stress berkurangan, sehingga menghalang kerosakan kolegen dan melindungi kecantikan serta keindahan kulit kita.

 

Kulit kita akan bebas daripada kedutan serta garis-garis halus. Kandungan vitamin A yang terdapat pada coklat  akan menurunkan perkembangan sel-sel kanser serta menghindari proeses penuaan semulajadi pada kulit.

Khasiat coklat

 

 

Itulah beberapa khasiat coklat untuk kesihatan yang boleh dirasakan ketika menikmati coklat ataupun ketika menjadikannya sebagai produk penjagaan kulit kita.