8 PENYEBAB GIGI TERASA NGILU BILA MAKAN AIS KRIM DURIAN

TERINGIN NAK MAKAN AIR KRIM DURIAN YANG SEDANG VIRAL SEKARANG. MALANGNYA RASA NGILU GIGI YANG MENCUCUK MEMBUATKAN KITA TAK BERANI MENYENTUHNYA. BUKAN ITU SAHAJA, GIGI TERASA NGILU KETIKA MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN PANAS ATAU MASAM JUGA. APA PUNCANYA GIGI TERASA NGILU NI?

 

Gigi sensitif adalah antara penyebab gigi ngilu. Penjagaan gigi sensitif perlu dilakukan  untuk menjaga gigi supaya tidak menjadi terlalu ngilu apabila kita menikmati makanan ataupun minuman kegemaran.

 

Masalah gigi sensitif lebih mudah menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Penyebabnya adalah kerana lapisan enamel yang kian menipis seiring dengan pertambahan usia serta penurunan gusi dan terbukanya dentin (satu lapisan di bawah enamel).

 

Rasa ngilu yang berkaitan dengan sensitiviti juga biasanya terjadi dalam saraf gigi. Pembentukan lapisan email gigi yang kurang sempurna  juga boleh membuatkan gigi sensitif. Sisa-sisa makanan yang menebal di kawasan pertemuan gigi juga boleh menimbulkan rasa ngilu.

 

Sisa-sisa makanan yang masuk melalui celahan gigi dan sukar untuk dibersihkan oleh berus gigi sehingga sukar dibersihkan, lama kelamaan akan jadi semakin menebal.

gigi terasa ngilu

 

SEMAK BEBERAPA PERKARA ATAU KEBIASAAN KITA YANG BOLEH MENYEBABKAN GIGI TERASA NGILU

 

  1. PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG MASAM

Makanan dan minuman yang masam boleh menurunkan tahap sensitiviti gigi. Ini adalah kerana kandungan asid tersebut berisiko merosakkan lapisan enamel gigi.

 

Sungguhpun begitu, bukan bermakna kita langsung tidak boleh menikmati makanan tersebut, cuma sebaiknya diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan.

gigi terasa ngilu

 

  1. MEMBERUS GIGI TERLALU KASAR

Memberus gigi dengan kuat atau kasar tidak semestinya boleh membuatkan gigi kita bersih sempurna. Perkara ini sebenarnya berisiko membuatkan gigi mengalami kerosakan yang mana akhirnya menjadi lebih sensitif.

 

Jadi, adalah lebih baik jika kita memberus gigi secara perlahan-lahan dan merata supaya gigi kita betul-betul bersih. Gantilah berus gigi paling kurang tiga bulan sekali.

gigi terasa ngilu

 

  1. CEPAT-CEPAT GOSOK GIGI SELEPAS MAKAN

Siapa sangka tindakan kita terus menggosok gigi selepas makan juga boleh membuatkan enamel gigi menjadi bertambah rosak. Apatah lagi, jika kita menikmati makanan berasid.

 

Perlindungan terhadap sensitiviti gigi jadi semakin melemah dan gigi terasa ngilu. Adalah lebih baik jika kita berkumur-kumur dahulu dengan air sehingga gigi kita bersih. Sejam selepas  makan barulah kita menggosok gigi.

gigi terasa ngilu

 

  1. SALAH PILIH UBAT GIGI

Tidak semua ubat gigi sesuai dengan gigi kita. Boleh jadi juga ubat gigi mengandungi pemutih yang telah membuatkan enamel gigi kita terhakis. Akibatnya gigi menjadi semakin sensitif dan cepat ngilu.

 

Adalah lebih baik jika kita menggunakan ubat gigi khas untuk melegakan gejala gigi sensitif yang sangat menganggu itu.

gigi terasa ngilu

 

  1. PENURUNAN GUSI

Apabila kebersihan gigi dan mulut kurang terjaga maka bakteria akan mudah masuk dicelah-celah gigi hingga menyebabkan penurunan gusi atau disebut resesi gingiva.

 

Keadaan ini akan menyebabkan terbentuknya ruang yang memudahkan bakteria masuk dan mengeluarkan racun sehingga menyebabkan terjadinya infeksi gusi.  Perkara inilah yang akan membuatkan gusi jadi menyusut dan membuatkan gigi mudah goyang.

gigi terasa ngilu

 

  1. GIGI RETAK ATAU ROSAK

Sakit gigi boleh disebabkan oleh gigi yang retak atau rosak. Perubahan suhu yang ekstrem dan menggigit benda keras boleh menyebabkan gigi retak. Ia akan menyebabkan bahagian dalam gigi menjadi sensitif.

gigi terasa ngilu

 

  1. BLEACHING GIGI

Zat pemutih yang digunakan untuk bleaching gigi berisiko mengikis enamel pada gigi. Ramai di antara kita yang suka melakukan bleacing gigi. Jika kita ingin melakukan bleaching gigi, ada baiknya jika kita fikir balik. Jangan sampai nanti kita rasa menyesal pula.

gigi terasa ngilu

 

  1. LAKUKAN PEMERIKSAAN GIGI

Gigi yang sihat dan tidak ngilu akan membuatkan kita berasa lebih selesa. Jadi, janganlah kita ke doktor gigi semata-mata bila ingin memutihkan gigi sahaja. Kita patut membuat pemeriksaan kesihatan gigi secara teratur sehingga penyebab gigi sensitif yang dialami boleh segera ditangani.

gigi terasa ngilu

 

Itulah beberapa faktor yang menyebabkan gigi terasa ngilu. Semoga artikel ini bermafaat untuk semua.

 

BACA PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI DENGAN CEPAT DAN BERKESAN