8 Punca Kaki Kebas Atau Kerap Sesemut

kaki kebas

Kredit: pixel.nymag

ELOK-ELOK duduk bersila, tetiba kita tak rasa apa-apa pun pada kaki kita. Kaki kebas atau sesemut membuatkan kaki kita terasa seperti mati rasa!

 

Ada banyak sebab kenapa kaki kita kerap kebas atau sesemut ini. Perkara biasa yang terjadi adalah disebabkan kelebihan kolesterol atau lemak jahat yang ada dalam kaki ataupun tangan kita.

 

Ada yang bersifat sementara dan ada pula yang berpanjangan. Kaki kebas yang berpanjang dikaitkan dengan keadaan kesihatan tubuh kita. Mungkin kita ada mengalami masalah penyakit diabetis, buah pinggang, penyakit hati, strok, tumor otak, ketidakseimbangan hormone dan sebagainya.

 

 

Berikut ini beberapa penyebab sesemut atau kaki kebas:

 

  1. Kaki kebas terjadi ketika ada bahagian tubuh yang mengalami tekanan dalam tempoh yang lama. Ini adalah kerana pengaliran darah ke saraf di kaki menjadi terganggu sehingga menyebabkan terjadinya sesemut.

 

 

  1. Kaki kebas ketika duduk bersila, boleh reda dengan sendirinya apabila kita membebaskan kawasan tersebut daripada sebarang tekanan. Jadi, luruskan kaki supaya pengaliran darah kembali lancar.

 

  1. Selain tekanan, penyakit ‘Raynaud’ juga dikatakan mempengaruhi pengaliran darah ke kawasan tertentu tubuh seperti jari-jari tangan dan kaki sehingga menyebabkan terjadinya sesemut. Selalunya penyakit ini menyerang di saat kita sedang stress, cemas atau berada di ruangan yang bersuhu sejuk.

 

 

  1. Ketika tubuh mengalami dehidrasi dan hiperventilasi iaitu di mana kita bernafas dengan terlalu cepat.

 

 

  1. Kekurangan vitamin. Vitamin E, B1,B6 dan B12 amat diperlukan untuk menjaga kesihatan saraf.Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan anemia pernisiosa. Sungguhpun begitu, jika terlalu banyak vitamin B6 dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa kebas kaki dan juga di tangan.

 

 

 

Cara Untuk Mencegah Masalah Kaki Kebas

 

  • kaki kebas

    Kredit: bewakoof

    Perbaiki pengaliran darah di bahagian tubuh yang kebas atau sesemut, dengan cara menggerak-gerakkan bahagian yang kebas perlahan-lahan atau mengurut-urutnya.

  • Bersenam secara teratur.
  • Berhenti merokok.
  • Pengambilan makanan yang sihat.
  • Sentiasa menjaga berat badan yang ideal.
  • Berusaha mengawal dan mengubati penyakit kronik yang dihidapi, seperti diabetis dan buah pinggang.