8 SOLUSI BERKESAN ATASI BIBIR KERING DAN PECAH KETIKA BERPUASA

PADA BULAN PUASA INI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENGALAMI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH. INI ADALAH KERANA KETIKA BERPUASA TUBUH KITA CENDERUNG KEKURANGAN CECAIR.

 

Apakah cara terbaik atau paling berkesan untuk mengatasi masalah bibir kering ini? Merawat bibir dengan cara yang betul merupakan kunci bagi mendapatkan bibir yang cantik dan sihat pada bulan puasa.

 

Bibir kering pasti sangat menganggu penampilan kita. Memandangkan di bulan puasa tentulah tak banyak perkara yang boleh kita lakukan selagi belum sampai waktu berbuka puasa.

bibir kering

 

 

ADA 8 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH

 

  1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Air masak sangat berguna untuk mengembalikan cairan dalam badan sehingga bibir menjadi lebih lembab.

 

Ketika bersahur dan berbuka puasa, pastikan kita mengambil air masak secukupnya. Ia mampu membantu kita mengatasi bibir kering.

 

bibir kering

 

  1. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKAN PEDAS DAN MASIN

Selain boleh menghindari penyakit gastrik ketika berpuasa, menghindari makanan pedas dan masin boleh menjadi salah satu cara untuk mengatasi masalah bibir kering.

 

Pengambilan makanan pedas atau masin ketika berbuka puasa atau bersahur biaanya akan membuatkan mulut dan bibir kita menjadi lebih cepat kering.

bibir kering

 

  1. MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Pastikan kita memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berbuka dan bersahur untuk menghindari masalah bibir menjadi kering ketika berpuasa.

 

Selain disebabkan dehidrasi, bibir menjadi kering juga boleh disebabkan kerana kekurangan vitamin C.

 

bibir kering

 

  1. MADU SEBAGAI PELEMBAB BIBIR

Penggunaan madu cukup berguna untuk melembab dan melembutkan bibir. Sapukan madu di atas bibir selepas berbuka puasa dan sebelum tidur dapat membebaskan bibir kita daripada kering dan pecah-pecah.

 

bibir kering

 

  1. JANGAN MENGGIGIT ATAU MENGETAP BIBIR

Menjilat, menggigit, mengetap atau menarik-narik kulit bibir yang terkelupas boleh membuatkan bibir kita menjadi lebih kering, luka dan berdarah.

 

bibir kering

 

  1. KURANGKAN PEMAKAIAN LIPSTIK

Tentu ramai di antara kita yang suka memakai lipstik jenis matte. Namun lipstik jenis ini adakalanya boleh membuatkan bibir kita menjadi kering dan pecah-pecah kerana beberapa formulanya yang tidak melembabkan bibir.

 

Jadi, sepanjang berpuasa ini adalah lebih baik kita kurangkan pemakian lipstik atau bertukar sahaja dengan lip balm natural tanpa perasa atau pewangi.

 

Lip balm mampu menjaga bibir tetap lembab dan lembut. Pilih lipbal yang kaya pelembab (moisturizer) dan mengandungi minyak semulajadi.

 bibir kering

 

  1. PENGELUPASAN BIBIR

Pengelupasan kulit bibir atau scrubbing boleh dijadikan salah satu solusi untuk bibir kering atau pecah-pecah ketika berpuasa.

 

Lakukan seminggu sekali dan cara pengelupasan kulit mati pada bibir sangat mudah. Mula-mula sekali, basahkan bibir kita dengan air panas suam. Setelah itu, gosoklah bibir dengan menggunakan berus gigi lembut.

 

Selain itu, kita boleh juga lakukan skrub bibir dengan menggunakan gula pasir yang telah dicampur dengan madu. Urutlah perlahan-lahan kulit bibir dengan dengan menggunakan jari tangan.

bibir kering

 

 

  1. VASELINE PALING MUJARAB

Dalam keadaan apa pun sama ada terlalu panas, terlalu sejuk atau berpuasa, vaseline adalah solusi untuk bibir kering yang paling mujarab dan mudah. Pastikan anda membawa sebotol vaseline ke mana-mana saja dan sapukan bibir ada pada bila-bila masa!

BIBIR KERING

TEMPAH SEKARANG!

 

Itulah 8 cara mengatasi bibir kering dan pecah-pecah ketika berpuasa. Lakukannya secara rutin untuk mendapat hasil bibir yang lebih sempurna.