8 SOLUSI UNTUK MELEGAKAN SAKIT PERUT MEMULAS ATAU SENSITIF

DI ANTARA KITA PASTI PERNAH MENGALAMI KEADAAN DI MANA PERUT MEMULAS SECARA TIBA-TIBA. SAKITNYA HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU!

Penyebab perut memulas biasanya disebabkan masalah penghadaman. Salah satunya adalah kerana makanan yang kita ambil.

Makanan yang terlalu pedas atau masam boleh membuatkan kita mengalami masalah perut memulas atau perut sensitif ini. Ada juga yang mengalaminya disebabkan pengambilan susu.

Rasa perut memulas yang normal merupakan rangsangan untuk segera membuang air besar, membuang air kecil, sendawa ataupun kentut (membuang angin).

Lebih baik jika kita mengenali penyebabnya dan adakah perut memulas itu sesuatu yang normal ataupun tidak normal yang boleh menyebabkan suatu penyakit.perut memulas

UNTUK MENCEGAHNYA TIDAKLAH SESUKAR MANA, BERIKUT INI 6 TIP YANG BOLEH DILAKUKAN SUPAYA PERUT TIDAK MEMULAS LAGI.

1. ELAKKAN MAKAN TERGESA-GESA

Semakin lama kita mengunyah makanan, semakin baik makanan akan dihadamkan.

Usus dan organ penghadaman lainnya akan memproses makanan yang masuk melalui mulut, sebelum nutrisi disalurkan ke seluruh jaringan badan.

Jika makan tidak dilumatkan di mulut dengan sewajarnya, sudah pasti organ penghadaman kita akan bekerja dua kali ganda lebih gigih.perut memulas

 2. MAKAN PISANG

Pisang mempunyai kualiti tertentu untuk melawan keasidan dan rasa memulas di perut.

Untuk itu, ada baiknya jika kita biasakan diri untuk menikmati sebiji pisang pada setiap hari. Tahap kalium dan elektrolit yang terkandung dalam pisang akan membantu memerangi dehidrasi pada badan.perut memulas

 3. JANGAN BIAR PERUT KOSONG

Perut yang dibiarkan cukup lama kosong boleh menjadi penyebab badan masuk angin, apabila udara akan memenuhi perut yang kosong.

Jadi, makanlah secara teratur, tiga kali sehari dan selang selikan dengan makanan pengalas perut setiap kali perut terasa seperti minta diisi.perut memulas

4. HINDARI MAKANAN MASAM DAN PEDAS

Sekiranya makanan pedas atau masam boleh membuatkan kita sakit perut, sebaiknya cuba elakkan. Makanan seperti tomato, jeruk, cuka, coklat dan minuman bersoda atau berkafein secara berlebihan boleh mengundang rasa sakit pada perut.perut memulas

 5. JANGAN LUPA MINUM AIR MASAK

Secara semulajadi, air masak akan membersihkan badan dari racun dan menjamin proses pembuangan air besar menjadi lebih lancar.

Ketika badan kekurangan cairan, jadi tubuh akan menahan air sehingga menyebabkan perut akan terasa penuh yang mana akhirnya akan jadi memulas.perut memulas

6. MADU DAN CUKA EPAL

Biasakan diri kita untuk menikmati segelas air suam dengan campuran dua sudu kecil cuka epal semulajadi dan madu asli sebelum makan.

Minuman ini akan melancarkan proses penghadaman dan mengurangkan rasa sebu serta gas yang terdapat dalam perut kita.perut memulas

7. JUS HALIA

Untuk mengubatinya, kita juga boleh mengamalkan petua minum air pati halia yang sudah diparut.

Halia bersifat melegakan perut dalam waktu yang singkat sahaja masalah perut memulas itu akan segera hilang.perut memulas

8. ELAKKAN MAKAN SEBELUM TIDUR

Makan sebelum tidur boleh membuatkan perut rasa memulas-mulas. Ini adalah kerana perut bekerja pada waktu badan sedang dalam mood beristirahat.

Jika rasa lapar yang tidak tertahan-tahan, ada baiknya kita makan buah tembikai, pisang, kekacang ataupun meratah timun.perut memulas

Itulah berapa cara mengatasi atau mencegah perut memulas yang boleh diamalkan. Sekiranya  keadaan tersebut tidak berkurangan atau terdapat sesuatu kelainan segeralah membuat pemeriksaan doktor.

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu Cara Mengatasi Masalah Perut Masuk Angin

LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)