PERKAHWINAN BUKAN JAMINAN UNTUK ANDA HIDUP BAHAGIA SEPANJANG MASA. BANYAK PASANGAN BERASA CURIGA ATAU TIDAK YAKIN DENGAN KETULUSAN DAN KETELUSAN PASANGAN MASING-MASING. SEBAIKNYA ANDA TAHU TANDA SUAMI ANDA BENAR-BENAR MENCINTAI ANDA.
Sebaik melangkah ke alam perkahwinan, bersedialah bahawa anda akan sering diuji dengan pelbagai hal khususnya sikap pasangan masing-masing. Usah memaksa diri untuk terlalu berkira dengan pasangan. Biarlah dia jadi dirinya yang sebenar. Begitu juga anda.
Kemudian, perhatikan tingkah lakunya. Jika dia mencintai anda, pasti dia akan berusaha untuk tidak menyakiti anda.
8 TANDA SUAMI BENAR-BENAR CINTAKAN ANDA!
- Dia Beri Perhatian Pada Anda
Jika suami anda gembira apabila sesuatu yang baik berlaku kepada anda, itu bermakna anda tidak boleh melepaskannya. Dia akan berada di sisi anda sepanjang masa tidak kira dalam keadaan baik atau sebaliknya. Biasanya, dia akan memberi anda hadiah, bukan sahaja untuk tarikh-tarikh tertentu tapi hari-hari biasa juga.
- Dia Mahukan Yang Terbaik untuk Anda
Jika dia menghabiskan masa dengan keluarga dan kawan anda, bermakna dia mahukan yang terbaik untuk anda. Lebih-lebih lagi, dia selalu menyokong anda tanpa syarat.
- Melayan Anda Dengan Baik
Jika dia meletakkan perasaan, hasrat, dan keperluan anda melebihi dia, maka perasaannya terhadap anda benar-benar ikhlas.
- Luangkan Masa dengan Anda
Jika dia sentiasa mencari masa untuk bersama anda, maka anda patut bersyukur dapat berkahwin dengannya.
- Anda adalah Keutamaannya
Sekiranya anda adalah sebahagian daripada rancangan masa depannya bererti anda sentiasa berada di mindanya dan dia akan sentiasa mencari masa untuk bersama anda.
- Dia Mahu Orang Tahu Mengenai Anda
Jika dia memeluk atau memegang tangan anda di khalayak ramai, dia sebenarnya sangat gembira menjadi suami anda dan mahu orang lain mengetahui perkara ini juga. Lebih-lebih lagi, dia membawa anda bersamanya ke setiap majlis keluarga atau acara di tempat kerja.
- Integriti
Jika dia benar-benar jujur tentang hubungannya yang terdahulu atau tidak suka mengungkit kisah lalu, maka dia adalah yang terbaik. Di samping itu, dia sentiasa jujur dan bekerja keras untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam hubungan anda berdua.
- Sentiasa Hangat
Dia suka anda berada di sisinya. Semakin jarang anda berjumpa semakin rasa rindu mendalam dan dia tunjukkan melalui sentuhan dan kata-katanya yang romantis. Dia sering memberi ciuman hangat pada anda.