9 KUNCI MUKA AWET MUDA DAN BERSERI-SERI

MUSIM RAYA NI PASTI SEMUA NAK CANTIK DAN BERSERI. KALAU BOLEH SEMUA KEDUTAN ATAUPUN GARIS-GARIS HALUS TAK MAHU KELIHATAN. BIAR SEMUA ORANG TANYA, ‘APA RAHSIA MUKA AWET MUDA?’

 

Kunci utama muka awet muda ialah pemakanan kita. Pengambilan makanan  yang tepat boleh membantu kita mengatasi dan  mencegah masalah kecantikan yang boleh membuatkan muka awet muda kita jelas terserlah.

 

Ia mampu menyamarkan kedutan, membuatkan muka kita nampak lebih cerah dan berseri, rambut lebih sinar dan kuku kita jadi lebih kuat.

muka awet muda

BERIKUT 9 MAKANAN YANG BOLEH MEMBUAT MUKA AWET MUDA

 

  1. BLUEBERI

Pengambilan ekstrak buah blueberi dikatakan dapat mencerahkan dan meratakan warna kulit serta melawan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.

 

Selain itu, buah ini juga mengandungi vitamin C dan E. Vitamin-vitamin ini mencegah penuaan dengan menghalang zat-zat kimia berbahaya dari badan yang membawa efek jangka panjang pada organ badan.

 

muka awet muda

  1. TOMATO

Tomato mengandungi lycopene yang mampu mencerahkan kulit. Selain itu, kandungan vitamin C yang terdapat pada tomato juga boleh membantu menghilangkan bintik-bintik hitam dan juga jerawat.

 

Di samping itu, tomato juga mempunyai antioksidan yang boleh menghapuskan kedutan dan radikal bebas yang merosakkan kulit serta mencegah kanser.

muka awet muda

  1. DELIMA

Pengambilan jus demila secara rutin mampu mencegah kulit muka dari berkedut dan penuaan semulajadi. Minuman ini juga sangat berkesan untuk menghilangkan garis-garis halus yang membuatkan wajah kelihatan lebih tua.

muka awet muda

  1. OATMEAL

Alangkah beruntungnya jika ada suka makan oatmeal kerana makanan ini terlalu banyak khasiatnya.

 

Oatmeal bukan hanya bagus dimakan untuk anda yang mahu menurunkan berat badan, tetapi kandungan nutrisi dan vitamin daripadaa biji oat ini juga mampu membuatkan kulit dan muka awet muda.

 

Kulit muka tidak jadi cepat berkedut dan berjerawat. Bahkan makanan ini juga merupakan karbohidrat komplek.

muka awet muda

 

TIP LAIN UNTUK MUKA AWET MUDA

  1. Jangan lupa untuk membersihkan muka sebelum tidur. Proses regenarasi kulit akan terhalang jika kita tidur dalam keadaan muka yang tidak bersih.

muka awet muda

  1. Selalu pakai moisturizer atau pelembab muka supaya kulit muka tidak kekeringan dan dehidrasi.

muka awet muda

  1. Urut dan buat senaman muka supaya otot-otot muka menjadi lebih relaks sehingga membuatkan kulit muka menjadi lebih anjal dan tegang.

muka awet muda

  1. Pakailah masker secara rutin untuk menjaga kecantikan kulit muka.

muka awet muda

  1. Pakai krim pelembab malam. Gunakan krim tersebut untuk melembabkan permukaan kulit muka ketika kita tidur bagi mengelakkan kulit kering dan kekurangan cairan.

muka awet muda

 

Itulah beberapa rahsia muka awet muda yang seharus kita ketahui untuk mendapatkan wajah yang sihat, nampak muda dan cantik berseri.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook